Tuesday, December 23, 2014

Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)


 Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki
RM2.70/pcs
Beli banyak lagi murah. PM for details yer :)

Ramai yang order buku mini MMR ni sebab nak sedekah dan jadikan sebagai door gift. Sangat bermanfaat untuk semua. Betapa besarnya saham akhirat yang kita dapat jika orang yang kita hadiahkan buku ni mengamalkan ilmu yang terdapat di dalamnya.

 In Sha Allah, dengan niat sedekah kita Allah akan murahkan rezeki untuk kita.



Untuk order:
SMS/Whatsapp ke 012-5369925
Email: usyarni@gmail.com

Jadual Gaji dan Cuti 2015

Wah..wah... Walaupon nak gawat, harap2 gomen masih boleh bayaq gaji tahun depan.


Dah nak gawat ni, tempek jugak la list cuti untuk tahun depan. Banyak ni cuti berapit. Tapi apakan daya, hari cuti perap badan bawah selimut jer la :((


Selamat menyambut tahun baru 2015 semua. Semoga kita semua berjaya mengharungi tahun 2015 yang penuh mencabar dengan kuat dan jayanya. Cewahh... Apa-apa pon ingat, Allah kan ada. Saya doakan yang baik-baik untuk kawan-kawan semua. Aminn...

Wednesday, September 17, 2014

Rindunya Nak Berblog

Sesungguhnya saya rindu untuk blogging tapi apakan daya masa amat mencemburui saya *sob..sob*

Harini my lil Ayra Az-Zahra dah setahun. Cepatnya masa berlalu >.<

Hepi birthday Ayra!

Tak sempat nak buat apa-apa untuk Ayra. Dok fokus ke birthday abang bulan depan. Buat goodie bag bagi kat budak-budak blok ajelah nampaknya.

BS hantar gambar Ayra kena buli katanye
 



Ni pulak gambar farewell boss kesayangan kat Hotel Grand Seasons hari Khamis lepas. Start 11 Ogos 2014 boss dah naik pangkat dan dapat posting kat INTAN. Dah takde la boss yang rajin belanja satff. Takde la fridge magnet oversea setiap tahun. Dan anak2 pon dah tak dapat la duit raya dari boss. Setiap tahun memang boss orang first yang bagi duit raya. Murah rezeki dia sebab selalu belanja orang. Farewell lunch ni pon ada vendor yang join tapi boss yang bayarkan. Dia cakap takpe la orang datang meraikan kita.

 

 Sedih jugak boss dah takde ni sebab belum tau boss yang nak mai nanti macam mana. Walaupon boss ni garang tapi marahnye kejap je. Pastu OK je dok melawak, join minum kopi time ngantuk petang-petang. Huhu...

Friday, July 4, 2014

Bundle Update

Assalamualikum... Salam Ramadhan untuk semua.

Ya Allah, lamanya tak update! Agaknya bila dah anak dua cenggitu la gayanya. Baru anak dua dah tak dan itu ini. Masa yang ada diperuntukan untuk rehat dan tido aje. Hukhuk... Nak update jugak sebab kesian Ayra kalau jumpa blog ibu nanti takde pon crita dia. Asyik baca crita abang je. Boleh gitu?

Kejapnya masa berlalu. Ayra si pumpkin dah nak masuk 10 month old bulan ni. How time flies kan? 


Budak haluih yang tottaly different la dengan abangnya. Abang kuat makan. Dia susah makan. Ibu bersungguh-sungguh masak sampai join group bagai, bangun pagi masak tapi dia taknak makan. BS sampai cakap "awak takyah masak la.buat penat je". Dah skarang ni memang tak masak la BS cakap dia makan bubur si Qiesya, sorang lagi baby yang BS jaga tu. Kalau yang orang tu nak sangat la. Padahal sama je pon bubur yang ibu masak >.<

Walaupon haluih, makan kurang, tapi aktifnya kemain. Abang dulu takde pon aktif macam ni. BS pon cakap tak larat nak kutip dia. haha... Pantang letak bawah kejap je dia merayap, memanjat. Skarang ni dah pandai merap, pantang nampak ibu memang nak berdukung, tak mau kat orang la. Dan lagi dah pandai nak mengikut orang. Kalau tengok orang pakai cantik-cantik, duduk luar pintu ibu nak amek memang dia buat tak nampak. Juai mahai! Akai kemain noh!

Ni gambar pegi holiday ka Penang masa cuti skolah bulan lima aritu. Orang Kedan p holiday kat Penang macam takda feel ja. Haha... Walaupon duduk tepi pantai, depa tak merasa pon mandi pantai. Ayra lagi la. Ombak kena kaki dah menangis. Takut.



Tiga hari kat Penang pegi melawat dua tempat je. Bukit Bendera & Made In Penang Interactive Museum (MIPIM). Aku panggil muzium 3D je. Sebab tu malas nak berjalan time cuti sekolah. Masa banyak habis atas jalan je. Nak queue naik Bukit bendera dah lebih sejam. Tapi pegi jugak la sebab last pegi rasanya masa aku 4 ke 5 tahun. Naik dalam train depa punya sumbat rasa macam tak cukup nafas. Dengan air cond tak rasa. Yang tak tahan boleh pitam kot. 


Gemuksnya mak! :(


Abang Naufal a.k.a abang Apan pon dah besaq. I mean, memang BESAQ. Orang yang tengok ingat dia dah darjah satu. Mana taknya. Kadang2 makan nasi sampai 4 pinggan. Dah start pegi tadika sebab mama yang jaga dia dah pindah. Kesian jugak anto skolah awal-awal. Takut dia boring nanti. Tapi ada kawan aku buka taska dia cakap umur 4 tahun adalah masa yang paling sesuai untuk anto anak ke tadika. Mentality orang Malaysia je yang cakap tak sesuai tu. Ikutkan aje lah. Dari dok melompat saja kat rumah kan. huhu...


Rasanya itu aje. Wish u all selamat berpuasa dan selamat hari raya, maaf zahir batin. Wish sesiap sebab takut next update will be on Ramadhan next year. huhu...

Wednesday, March 26, 2014

Inner Magic Anizon, Pilihan Sheila Amzah

Perasan tak inner yang dipakai Shiela Amzah dalam iklan Safi dulu? Kalau nak tau inner ni lah yang SA pakai tu! ;p

Kenapa inner ni menjadi pilihan SA?



* Muka yang boolat boleh nampak bujur



* Tak melekap di dahi
* Menutup dagu
* Material cotton yg selesa dipakai - tak panas
* Labuh di depan (sampai depan dada)
* Elok terletak di bahu
* Mudah digayakan dengan shawl

Antara pilihan warna yang ada:















Untuk tempahan boleh whatsapp to 0125369925 atau email ke usyarni[at]gmail.com

Untuk lebih banyak pilihan boleh cekidaout my ig @usyarnista. Tq.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...