Thursday, May 22, 2008

Rancangan Kewangan

Entri kat bawah ni aku copy dr cni: http://www.mohdismail.net/blog/rancangan-kewangan-untuk-graduan-baru/#more-1104
Sgt kena skali ngn entri aku sblum ni. Bole dikatakan blogger 2 mempunyai pendapat same mcm aku. Really meaningful la ::clap::

Di’sini, aku ingin berkongsi tentang apa yang telah aku rancangkan berkaitan kewangan aku setelah aku habis pengajian di universiti milik penuh kerajaan ini. Aku harap, apa yang aku rancangkan boleh menjadi panduan untuk mereka yang teruja untuk membelanjakan wang gaji saban bulan tanpa ada apa-apa perancangan untuk masa tua. Aku tidak mahu buat kesilapan berkaitan kewangan di’masa muda.

  1. Aku tidak mahu berhutang. Ogos ini aku akan mencecah 23 tahun dan satu-satunya hutang yang aku miliki sekarang adalah pinjaman kereta Proton Satria aku yang aku jangka akan habis dalam 4 tahun lagi. Aku tidak mahu berhutang lagi selepas itu. Ustaz di’sekolah teknik aku dahulu mampu membeli Toyota Unser & membina rumah sendiri dengan bayaran tunai. Aku mahu jadi seperti dia. Harap’nya. -Aku juga akn mencecah 23 tahun Ogos ini :p dan satu2nya hutang yg aku miliki sekarang adalah kereta jugak(n PTPTN). Tp ia hnya akan habis dlm 8tahun lg:(
  2. Mula menyimpan. Ini adalah perkara paling penting dalam hidup aku sekarang. Walaupun target simpanan bulanan aku sekarang tidak banyak mana, tetapi aku harap aku mampu tingkatkan kadar simpanan aku dengan lebih cepat. Aku tidak tahu apa akan jadi esok lusa, simpanan adalah perkara pertama aku akan bayar. Biar sedikit, tapi ada. -Ini juga merupakan target aku sekarang. Sebelum ni smpan 500/month utk kawen. Pasni kne usaha dgn lebih kuat lg. Wpon xbyk tp tetap kne ade. Stp ujung bulan perkara ini juga merupakan antara potongan pertama yg aku akn buat.
  3. Tidak terlibat dengan kad kredit. Sangat menarik apabila fikirkan yang dunia mampu positifkan persepsi orang ramai untuk memiliki kad kredit (hutang). Graduan muda seperti aku mesti mula tanamkan dalam fikiran yang penggunaan kad kredit tidak akan membawa keuntungan apa-apa untuk jangkamasa panjang. Jika TIADA DUIT untuk memiliki sesuatu, then JANGAN BELI. Kad kredit adalah alat untuk menafikan ketidakmampuan seseorang. -Ini juga sesuatu yg aku tak kan libatkan. Mak aku juga melarang utk aku memilikinya. Sesetengah org bangga memiliki more than 1 credit card but for me xde pon xpe wpon suatu ketika dulu aku agak berusaha utk memilikinya(nasib baik mak aku sempat menarik aku sebelum terjebak). Bg aku semakin byk kad kredit yg kita ada semakin miskin kita sebenarnya. Kalau xmampu JGN BELI.
  4. Beli apa yang perlu sahaja. Sekarang, jika aku ingin membeli apa-apa, aku akan tanya diri aku berulang kali, adakah ini sesuatu yang betul-betul aku perlukan atau sekadar keinginan kerana orang lain juga ada? Jika tiada sebab & tujuan yang kukuh untuk beli, aku rela kempunan. -Ini juga sama seperti yg aku lakukan. Dh byk benda yg aku teringin terlepas begitu saja. Sbbnya setiap kali teringin aku akn pk betol ke aku perlu sgt benda ni?(Kdg2 perempuan ni hanya beli ikut nafsu) Then pk kan duit yg ada utk survive smpai ujung bulan, terus aku matikan saja niat itu. Atau aku akn tgu saja bila ada sale or aku akn simpan duit utk beli jugak 1 day. Sbb 2 baru mgu lepas dpt beli perfume body shop setelah 4bulan aku tahan. 2 pon sbb ade less 60%(thnx 2 fais ::wink::)
  5. Pelbagaikan sumber pendapatan. Kini, hari ini aku mempunyai 2 sumber pendapatan yang telah aku mulakan sebelum aku habis belajar lagi & aku dalam perancangan untuk menambah beberapa lagi sumber pendapatan tanpa perlu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Hidup dengan hanya satu sumber pendapatan adalah perjudian hidup paling berani. Lebih-lebih lagi yang satu itu adalah makan gaji. Kewangan kau boleh terputus dengan dua perkataan, “…awak di’pecat!”. -Ini juga sesuatu yg aku tgh usahakan. Tp belom jumpa sumber yg sesuai. Dh byk org offer join bisnes tp aku tak confident sbb bukan senang nk SENang. Kena teliti betol2 sebelum buat keputusan.
  6. Mula melabur. Ini adalah sesuatu yang aku belum mulakan lagi kerana belum cukup masa untuk mengkaji sistem pelaburan yang bagus untuk aku cuba. Pakar kewangan selalu kata yang pelaburan ketika berusia awal 20-an adalah pelaburan yang membawa pulangan terbaik untuk masa hadapan. Aku sudah mahu masuk 23 tahun dan belum bermula apa-apa lagi. -Hmm.. Yg ni je aku tak tau nk buat cane. Mak aku ada jugak bgtau perancaangan masa depan dia dulu. Tp dia xsempat nk melabur sbb byk sgt dugaan mendatang. 2la yg dia soh aku buat klo nk senang wpon mula2 kita suffer.
Tu je conclusion yg aku dpt buat dr entri org lain :p Mmg sgtt sama dgn fikiran aku.
p/s:Thanks to Sera sbb bg link semasa cams tgh bengong.

1 comment:

  1. Wah bgs tol entry nie...Sgt berguna..kena take notes nih:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...