Thursday, April 16, 2009

aku, UPM dan air mata

tiba-tiba aku rindukan UPM
segalanya tentang ia kecuali kenangan yang satu itu
terasa bodohnya diri walau bergelar mahasiswa

aku rindu bilik di P6
aku lagi sesuai duduk sorang berbanding dengan roomate
since matrix, aku secara tanpa sedarnya akan jadi dingin dengan roomate sendiri
akibatnya aku lebih suka lepak dibilik orang dari duduk diam dibilik sendiri (kebanyakannya di bilik liza dan kadang2 di bilik ili)
kat UPM pulak bilik sapa lagi kalau bukan bilik Far (lepak sambil menghabiskan stok makanan dia yang best2.hehe..bila lapaq, pukul 1 2 pagi pon sanggup turun makan maggi)


aku rindu bas komuter (dan juga bas sekolah kolej 12 yang buruk ;p)
rindu walau sering memaki hamun bas yang selalu tak tepati masa (pernah aku menangis kerana itu.haha..tah hape2 la ko Ummi Syarni oii!)
dan terpaksa melupakan seketika bahawa kami ini mahasiswa semasa berasak-asak mau memboloskan diri ke dalam perut bas
sejak keja HKL dah tak berselisih dengan bas komuter


aku rindu fakulti walau fakulti kami itu paling kecil dan pernah dipersenda sebagai fakulti yang tidak seperti fakulti
oleh kerana aku seorang yang pemalu (pemalu la sangat), aku hanya berani lepak di foyer pada saat-saat akhir pengajian (awal-awal sem takot kena ngorat ngan abang-abang senior.haha..geli sial!!)
sanggup pegi fac pagi-pagi walaupun takde kelas (sebab takleh tido); layan tenet di foyer sorang-sorang dengan laptop buruk yang banyak berjasa tanpa malu-malu(mungkin sedikit segan)
itulah perbezaan sem1 dan sem6.haha..


aku juga rindu pada lecturer database-ku yang pernah memberikan aku grade A (sudah tentu untuk subjek database :p); untuk jawapan aku yang sebenarnya hanya layak untuk A- (i guess)
satu-satunya lecturer tempat aku meluahkan perasaan sehingga teresak-esak dibilik beliau (kalau tak meleleh ayaq mata bukan Ummi Syarni la)
apa khabar Pn (oopss..Dr sepatutnye) Lilly? harap sudah kurang hi-blood presure-nya



takkan dilupa; aku & far berkhemah di lab sampai 10pm untuk siapkan projek database (kalau lab tu tak ditutup, aku rasa kami akan tido di situ.huhu..)
(guna notepad tulis coding java beb! kagum sekejap ngan diri sendiri *ngee*)
bukan saja-saja aku nak kagum tapi itulah satu-satunya saat aku betol-betol faham apa itu programming!!(jadi haruslah mengagumi diri sendiri)
dan saat itulah juga yang aku jaja semasa interview (semasa interview juga aku pernah menangis.tak caye?cayo la cakap den..)haha.. SADIS!!


oh,aku juga rindu sup campo dan tomyam kat stall A4
nasi lemak dan teh o laici bila lepak di cafe malam-malam
pernah dihalau oleh pak guard sebab dah lewat malam masih di cafe (gara2 merapu ngan faa & Q)
teringat (ini bukan rindu,ok!) makcik stall A2 yang kerek; sekarang aku rasa ia kelakar
boleh dia tanya "bawah nasi ada ayam tak?" (kelakar bukan?)
SENGAL!! (terus teringat makcik B2 JPM yang membangkitkan rasa amarah yang takkan padam; tak habih2 la ko Ummi Syarni!!)


hari terakhir di UPM pun aku menitiskan air mata
bukan menangis sebab akan tinggalkan UPM & kawan-kawan
tapi sedih bila tengok kawan-kawan datang konvo dengan baju serba baru seperti hendak pergi beraya lagaknya
hanya aku yang menembunyikan baju lama (yang sering aku ganyah ke kelas) dibalik jubah merah yang aku harap dapat jadi selabuh mungkin
taktau pulak aku untuk konvo orang akan pakai baju serba baru dan kasut kilat berbagai
kalau ada orang cakap; "ummi,nak konvo kena buat baju baru"; mungkin tiada masalah untuk aku merengek pada mak supaya siapkan baju walaupun tinggal lagi 3hari untuk konvo (untungnya menjadi anak tailor)
aku bukan salahkan kawan-kawan tapi tiba-tiba aku sedar betapa lurusnya aku!huhu..
jadi aku tiada mood untuk bergambar; hanya fikir mau lari dari situ secepat mungkin selain mau menyembunyikan genangan air di mata yang bila-bila saja akan jatuh


***
haih,tah bila nak pegi UPM lagi
teringin nak melawat Pn Lily, jalan-jalan kat bukit expo & makan sup campo kat stall A4 (kalau masih orang yang sama)

10 comments:

  1. Database dpt A mesti kuat bodek lecturer nie..haha..byk btol ko nangis..tgk cite slot TV3 nangih gak ke?cam kes noni..tgk cite kung fu pun leh nangih dlm soc nie..haih!

    p/s:aku pun penah nengih..mase tu kwn2 housemate aku tgh gado ngan jiran sblh uma..aku lap air mata ngan hingus guna bantal busuk aku..haha..:P..buruk btol perangai

    ReplyDelete
  2. pehal reveal cite lama nih??? hahahha...buat kajian sejarah ker???

    aku paling suka mase kelas management...kelas kol 8 ...kite datang kol 8 tp masuk kelas 10 sblm kol 10...hahhahaha....subject plg dasat sekali and of course the grade also the worse...

    luv upm ya.....hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. miss_slum:
    cite kungfu sedih ke?noni2..

    tak dapat aku bayangkan seorang yang rock n slumber cam ko nangis.mesti jahat gile jiran ko 2.dasat2.haha..


    farzilah:
    klas management mmg paling sengal.tah hape miss 2 dok bebel.masuk kelas pon tak paham ape,baik takyah masuk.lulus pon dh kire nasib baik.haha..

    apa-apa pon UPM tetap dihatiku
    ;D

    ReplyDelete
  4. woit kak emmy..aper nie?..pecah rahsia lak....:p

    ReplyDelete
  5. kak emmy?

    ala lupe kne pggl kak emmy ek skg?
    haha.

    ummi bikin memori kak u dtg balik la.
    cis

    ReplyDelete
  6. fadeeya:
    sebelum emy pecah rahsia pon dah tau.hehe..

    kak ayu:
    wah..memori kekasih lame ke kak yu?
    jom kite g merenderk kat bukit xpo ke,kolej 12 ke.haha..

    ReplyDelete
  7. umi, dulu rumate dengan sapa eh? tak ingat lah..

    ReplyDelete
  8. rumate2ku ialah lee n asma.huhu..

    asma ada jumpa masa kat upm.satu kolej.
    lee dah tak dgr kabar lepas matrix.

    rumate ili ape cite?
    :D

    ReplyDelete
  9. rumate saya, vaish dan maryam

    vaish, kat ukm. skrg tengah final. dah abis dah kot.
    jadik dokter la dia lepas ni.

    yam a.k.a maya, dia satu u, utm jugak.
    amik course town planning. minggu lepas baru jumpe dia.
    dia baru lepas final present.
    dia extend satu sem, sem lepas dia cuti.

    sekian, kita kembali ke sri pentas.

    ReplyDelete
  10. a'ah..vaish penah jumpe kat friendster je.tp skang dah xlayan friendster sgt.

    yam a.k.a maya pon dah lost contact sejak dia tukar no fon.

    ya,sekian saja program jejak kasihan ini :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...