Wednesday, June 24, 2009

attention please!

just mencari isu untuk memeriahkan blog yang semakin suram
semalam jumpa Noni lepas meeting kat KKM
ramai yang tanya nape tak update blog
jawapan utama aku ialah BUSY
jawapan lain;
takde apa-apa yang menarik untuk di'blog'kan &
takde mood sebab kawan-kawan lain pon dah jarang update belog
dunia blog pon terasa semakin sepi
mungkin mereka hanya sibuk melayan muka-buku aka Facebook
kalau yang belum tau ni aku nak habaq yang aku TAKDE FACEBOOK! (so what??)
ye! aku akui di zaman sekarang memang ia dikategorikan sebagai sangat tidak COOL (budak IT plak tu.so,tak yah susah2 cari aku di dalam buku itu.haha..)
mungkin belum terbuka hati aku untuk ber'muka-buku'

tapi bukan isu muka-buku yang aku nak blog-kan
tapi pasal "ADAKAH ANDA SEORANG PENDENGAR YANG BAIK?"
wahh..macam tajuk perbahasan pulak

dah lama aku fikirkan pasal ni
sebabnya?aku sangat pantang kalau aku bercakap orang:
1. tak pandang muka aku
2.asik main handphone-berSMS macam hp dia saja yang ada function text messaging tu
3.buat-buat tak dengar apa aku cakap
4.cakap dengan orang lain or dinding kat sebelah dia
5.bermain-main dengan rambut dan membelek taik kuku

kalau anda-anda berada di tempat saya bagaimanakah perasaan anda?
macam iklan kat hotFM tu; mesti anda akan terfikir "eh, aku cakap sorang2 ke?"
sangat SAKIT HATI oke?

cuba anda bayangkan anda berada di tempat rakan anda yang sedang bercakap tu dan ingin menyampaikan sesuatu yang sangat penting seperti kucing anda telah selamat melahirkan anak kembar siam sebanyak 5 ekor, tetapi rakan anda itu asik membelek taik kukunya(sila abaikan sekiranya anda bercerita padanya ketika dia memang sedang membelek taik kukunya)
mesti sangat sakit hati bukan?(melainkan ada tidak berperasaan melainkan perasan semata-mata)

sekurang-kurangnya pandang lah muka rakan anda yang sedang bercakap tu
walaupon KURANG berminat dengan omelan rakan anda tu, at least anda tidak akan dikategorikan sebagai KURANG AJAR

dalam ramai-ramai kawan, aku suka kalau bercakap/bercerita/mengomel kat Fais
cara dia pay attention pada apa yang kita cakap memang patut dijadikan contoh
nak tau cane dia pay attention try la bercakap ngan dia.huhu..
yang pernah bercakap ngan dia tak tau korang perasan ke tak cara dia pay attention and respond

kesimpulannya,berilah perhatian kepada kucing anda supaya anda tau ia sedang bunting anak kembar siam.haha..(mengarut!)
kesimpulan betol2 pk sendiri la.masing2 dah besar panjang,tua bangka(jangan maree.. :p)

4 comments:

  1. Yup..Fais memang PENDENGAR yg baik...juga kwn yg BEST...cam kamu jge :-)

    juz terfikir2..aku kah kwn mu yg tidak memberi attention semasa kamu bercakap...( tp rsnya diriku ini tidak membelek kuku..)

    Maafkan ku kwn...
    Sekiranya aku ader berbuat begitu...
    Mulai harini...aku akn berusaha utk menjadi pendengar yg baik..

    Suka entry kali ini:-)
    boleh menyedarkan sesetgh org...termasuk diri ku ini..

    ReplyDelete
  2. bukan kamu yg saya maksudkan.hanya bercakap secara general dan sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak.

    u r a good listener too :)

    ReplyDelete
  3. ahhahaa ummi..tatau nk ckp tp sangat kiut la entry kali ni ehehee..

    p/s: pun nk belaja jd pendengar yg baik.. ;)

    ReplyDelete
  4. kiut ke?hehe..tq.

    sy pon mencoba utk menjadi pendengar yang baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...