Thursday, July 23, 2009

product update

baru-baru ni aku ada cuba beberapa produk baru yang aku rasa bagus (mungkin hanya pada aku) untuk dikongsi bersama


produk pertama:

Gel Pengelupasan Syahirah (Exfoliating Gel)

beli masa hang-out ngan noni kat alamanda
teman noni gi Guardian tiba-tiba terasa nak try produk ni
sedikit info tentang produk ni (aku copy dari pamplet dia je :D)

mengandungi:
1. manik mikro
2. susu kambing dan biotin

3. vitamin C dan E

4. pelindung UV


fungsi:
- menanggalkan sel kulit mati, minyak berlebihan dan intik-bintik hitam - merangsangkan kadar metabolisme kulit agar kulit kelihatan lebih anjal, cerah dan berseri - melembut & mecerahkan kulit

lepas guna terbukti yang ia memang bisa menanggalkan bintik-bintik hitam & melembutkan kulit
sama rasa macam pegi buat facial kat saloon kecantikan
sel kulit mati tak tau tanggal ke tak sbb aku tak tau kulit mana yang dah mati.haha..
yang kulit kelihatan lebih anjal, cerah dan berseri tu tak dapat dipastikan
cakap kang kate aku masuk bakul angkat sndri pulak :p
so, sesape yang nak bajet taknak pegi facial boleh buat facial sendiri


produk kedua:

Gel Jerawat Syahirah

mengandungi:
aloe vera, biotin & triclosan

fungsi:
- mengering dan mengecutkan jerawat dengan efektif - menyerapkan minyak berlebihan - mengurangkan kemerahan tanpa kemunculan parut

setelah menggunakan produk ini selama 2 hari (3x/day) dah boleh nampak tanda pengecutan jerawat
parut pon semakin tidak kelihatan
sangat sesuai digunakan sekiranya jerawat timbul pada saat2 akhir anda ingin bertemu blind date anda.hehe..


produk ketiga:

bioclear clear contec lense

3bulan sebelum ni pakai colour contact lense brand ni


dah la kabur, cepat kering & silau pon teruk sangat
terseksa mata aku selama 3bulan.isk..isk..
nak buang sayang sebab beli guna duit
kalau guna daun dah lama dipersilakan ke tong sampah.heh!

semalam baru pegi beli lense baru
dah serik nak pakai mata palsu kaler2 ni
selalunya aku pakai softlense 38
tapi disebabkan power mataku yang sangat 'power' orang tu cakap kena order dulu
sebab malas dah nak terus menyeksa mataku ini, aku tanya brand lain
optometrist tu cadangkan bioclear
katanya itu yang paling bagus (aku siap cakap kalau tak bagus saya nak datang tukar)
boleh pakai 12jam, low water content & boleh support silau aku yang agak tinggi itu
baru aku tau contact lense ni lagi rendah water content lagi bagus
aku dah salah paham la selama ni.huhu...

so harini guna lense tu memang puas ati
tak terasa pon ada plastik dalam mata :p
sangat lembut & selesa
boleh dikategorikan sbg lense paling best aku pernah guna setakat ni ( dan juga paling mahal :( )


so,sesape yang teringin nak mencuba bolehlah dapatkan di pasaran sekarang
dimaklumkan bahawa aku tidak mendapat apa2 imbuhan ke atas keuntungan produk2 tersebut
sharing is caring rite?
:)

p/s:hepi birthday to cik farzilah. tua dah.hehe..

5 comments:

  1. best ek lens tue..brand br kot. blum penah tgk...klau bgs leh la ter:-)

    ReplyDelete
  2. wow..mesti kulit ko da glowing2 skrang kan..auchh..jeles tau!

    ReplyDelete
  3. noni:
    try la noni. :)

    miss_slum:
    takde maknanya glowing2.huhu..

    ReplyDelete
  4. mahal ke lens tu ummi
    berapa tu

    ReplyDelete
  5. mahal la dari yg aku selalu beli.
    seratus lebih.kopak purse aku.uwaaa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...