Tuesday, August 11, 2009

wakenabeb!

dikala aku tengah bz berfesbuk & berSMS ngan oji, 1 ketukan yang sayup2 kedengaran di daun pintu rumah aku around 11.30 pm
lantas aku SMS oji:
aku:ada orang ketuk pintu la
oji:sape?tak yah bukak

memang taknak bukak pon!
aku jenguk kat lubang pintu je.
tapi keadaan luar yang gelap aku hanya dapat menagkap ada susuk yang bergerak diluar.
takot.
aku slowkan tv (tau,sepatutnya aku kuatkan bukan slowkan).
duduk di kerusi komputer yang beli kat IKEA sambil tengok burn notice untuk tenangkan diri.
dengar ketukan kedua disusuli bunyi orang godek2 kat luar rumah cuba buka mangga di grill.
jenguk dari bawah pintu tapi tak nampak bayang kaki orang.
pegi tekap telinga pada pintu.
dia sudah berani pulas2 tombol.
pulasan yang perlahan seperti tidak mahu penghuni rumah sedar akan kehadiran dia.
aku hempas badan ke pintu dengan harapan dia matikan niat bila tau ada orang dalam rumah.
tapi sia-sia.
dia tetap cuba buka tombol.
lantas aku lari ke bilik dan call oji.
belum sempat suara oji menjengah telinga aku sudah dengar pintu berjaya dibuka.
masa ni hanya tuhan je tau macam mana berdebarnya hati aku.
aku jenguk dan nampak 1 susuk yang sasa tengah tersengih dengan 3kotak kek SR di tangan.
terus aku nangis teresak-esak sampai pening kepala.huhu...


huh!patut la petang smalam aku rasa berdebar semacam
betol la cakap ello berdebar sebab nak sambut birthday
memang macam nak luruh jantung
kalau betol2 aku tak tau la nak buat cana
pandai betul laki aku ni berlakon nak mensuprisekan aku
memang suprise gila babi la.huhu..(serious tak tipu!)

sebelum itu:

sebelum dia pegi kerja aku buat2 tanya esok (hari ni la) hari apa
dia cakap hari selasa
ok.tak pe.
sambil2 tu dia dok SMS aku
(salah satu msg aku bt ayat kesian sbb kena sambut birthday sorang2)
pelik gak.selalunya baru masuk kerja bz je
tapi aku tak pk apa2
layankan aja
patut la tanya aku tak takot ke dok sorang2
aku pon dengan belagaknya cakap tak
tu la penangannya cakap besar.haha...

patut la dia pegi kerja pakai seluar pendek
patut la kerap SMS aku
patut la tanya aku takot ke tak
patut la tnya nak dia teman ke tak
rupa-rupanya ada helah tersembunyi
rupa-rupanya dia dah apply cuti dari bulan lepas tapi tak bagitau aku

selalunya suprise dia jarang menjadi
kali ni memang teruk aku kena
suprise yang akan menjadi bahan usikan selama setahun(mungkin lebih lagi)

apa pon aku suka walau hanya celebrate dengan 3 slices of chocolate indulgence berairkan air mata.
thanx B!

p/s:thnx jugak pada mak,ada,yong,liyana,noni,fais,ello,ina,ej,JUSCO (hehe..) dll yg wish :)

10 comments:

  1. Pn Umi..happy beday yang...wish u happiness ngan si oji...

    kaw2 oji kenakan ko...hahahha..
    aku lupa nk wish ko smlm...aku berjaga tp phone aku habis bateri..pastu aku de gak pk..nape aku berjaga..hahaha..rupanye kawan aku dah naik satu nombor umurnya..

    anyway, senyum2 slalu....

    ReplyDelete
  2. hehe..best2 lukenabeb tu..Tahniah kpd En. HUbby ummi..yeah!

    ReplyDelete
  3. far:
    tq2..seb baik ko xwish smalam.aku tido sblum kol 12.


    emmy:
    ceh,ko pon nk gelakkan aku ke?

    ReplyDelete
  4. hahhaa..confirm ang ingt samapi bila......

    ReplyDelete
  5. wah...terharunya I..kecut perut + terharu..hahha

    happy birthday Umi

    ReplyDelete
  6. liyana:
    mmg akan ingat.klo lupa pon mesti dia akan ungkit.


    kak nora:
    thnx kak nora.
    bukan kecut perut ja.semua organ kecut sampai tak dapat nak pk.hehe..

    ReplyDelete
  7. hehe pandainyer ojie wat suprise..
    tp sy dpt bykkan perasaan ummi..
    mesti takot giler kn?...sib baik la x mengeluarkan pisau ker aper ker?....huhu

    ReplyDelete
  8. nsb bek ummi tak standy batang mop ka belakng pintu...klu tak..dah kena pukul oji tu

    ReplyDelete
  9. noni:
    mmg takot gila noni.dah la 2 3 hari sebelum tu pakcik sbelah umah ada gtau pasal kes pecah umah kat blok lain.

    liyana:
    batang mop kat umah aku baru patah.rajin sgt menge-mop.hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...