Friday, June 18, 2010

cerita BTN

awalnya aku sampai ofis! hari kedua masuk ofis lepas BTN & sambung cuti.
kepala pening bila start mengadap PC. tak lalu aku nak pegang sistem.huhu...

cerita BTN:
bertolak dari HKL around 9am & sampai ke pusat latihan around 8pm
masa kat alor star urusetia BTN dah start call aku sebab kami dah lambat sangat
dalam jadual pendaftaran sepatutnya 2.30 - 4.30. memang tak logikla dari kl boleh sampai langkawi dalam 7jam!

sampai langkawi bas yang bawak kami tu boleh pulak tersalah kem
mula-mula nampak sighboard Kem Bina Negara nampak macam best je sebab duduk dalam hutan, kawasan bukit n ada menara untuk abseiling n flying fox (cewahh..mcm la aku boleh buat aktiviti tu)
sebelum turun bas ada sorang pokcik datang bagitau dia tak sediakan apa-apa pon untuk sambut kami.bila tengok surat baru tau rupanya tersalah kem. kecewanya sebab dah letih duduk dalam bas, plus perut pon dah lapar.ingatkan dah boleh turun buat regangan badan.heh!

sampai ke pusat latihan, KF terus bagi taklimat seringkas & sepadat yang boleh sebab faham peserta kompom penat (nasib baik urusetia bertimbang rasa). pukul 11.30 dah boleh makan n naik ke bilik.sebab penat punya pasal lapar tadi pon dah hilang.dah tak lalu nak makan.yang ada dalam kepala nak landing je.

kat BTN baru aku berpeluang tengok cerita Hati Malaya.terlampau menghayati sampai boleh nangis la.
perbarisan pagi & petang, ujian kecergasan & kembara memang mak-yong2 tak join.walaupon aku teringin nak ikut kembara tapi urusetia tak benarkan sebab tak nak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa.jadi kami hanya jadi penonton & tukang gelak bila perlu untuk aktiviti2 tersebut.hehe...
cerita LDK tak boleh didedahkan sebab P&C :D

kesimpulannya, BTN aku ok2 aje.tak seperti yang digembar gemburkan.tak terlalu tough & straight.mungkin sebab bukan buat kat kem bina negara.kalau tak memang sakit.
sebab buat kat hotel, asal ada gap, dapat peluang naik bilik mesti membungkang.haha...
jadi tak timbul isu tak cukup tido.terlebih tido ada la...

pasal semangat, mungkin kurang sikit dari azza :p
bagi aku orang yang masih nak persoalkan hak orang melayu ni yang perlu datang BTN sebab mereka perlu diingatkan selalu.mungkin diorang tau benda tu tapi saja buat2 lupa apa janji moyang2 diorang dulu.rasa macam nak sekeh je kepala tu! jadi, bukan melayu saja yang mudah lupa.kan??

p/s: baru tau yg tok ti dah 3 kali tolak tawaran BTN.cam-bar-goes!!!

3 comments:

  1. yoyo... p amek award kat blog aku..
    syoknya hang dh lepas BTN. aku tatau la bilaa..

    ReplyDelete
  2. tok ti? who is tok ti?

    tak syok la gi btn kalo x gi kembara.. hahaha

    ReplyDelete
  3. linda:
    xreti aku nk amek2 award ni.kena lalu kapet merah x?hehe...

    azza:
    tok ti bini tok k.huhu...
    kembara pon xmencabar sgt.stakat keliling kampung,lalu bendang je.cam2 la klo xdok kem.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...