Friday, June 25, 2010

insurace

hari rabu ada sorang mamat call. tiba-tiba je tanya puan guna credit card visa/mastercard? saya dari 'takaful apetah' nak hantar polisi "insurans untuk pemegang kad kredit visa/mastercard".

pelik aku tetiba je nak bagi polisi sedangkan aku tak pernah pon beli apa-apa insurans baru-baru ni. bila aku cakap saya tak de purchase any insurance pon? dia pon ulang lagi ayat dalam double quote diatas. aku pon ok je. then dia minta alamat untuk hantar polisi, no ic aku dan no ic penama. itu aku boleh bagi lagi. tapi bila sampai kat part "boleh bacakan nombor yang di depan kad kredit puan? yang panjang tu." aku dah mula syak something. tiba-tiba teringat yang noni pernah cakap jangan bagi kalau ada orang minta any number kat kad kredit. dengan pantasnya aku buat alasan aku tak bawak kad kredit. mungkin tertinggal dalam handbag lain. dia cakap kalau macam tu esaok saya akan hubungi puan semula untuk dapatkan no tu.

lepas letak je, terus aku call noni untuk pastikan then call maybank untuk double confirm. bank cakap kalau ada orang mintak apa2 nombor jangan bagi. kalau bagi ibarat macam kita bagi cash kat orang tu untuk charge apa-apa guna credit card kita.

then, semalam bila orang tu call balik dengan pantasnya jugak aku jawab "saya tak berminat la. saya dah ada 2 insurans. nak buat apa banyak-banyak. nanti tak larat plak nak pi claim semua!" nasib baik dia tak banyak soal dan terima dengan hati terbuka. cewahh...

bila difikirkan balik memang tak logik la orang nak cover kita free2. kita tak bayar dia sekupang pon tiba2 nak bagi duit kalau jadi apa2 kat kita. kalau betol nak cover insurans yang tak kena bayar apa2, mesti tak perlu minta detail credit card, kan?

sekarang ni memang banyak sangat taktik orang jual product thru phone. yang slalu aku dapat call dari insurance company & offer untuk join vacation club. kalau lambat fikir memang akan terpengaruh. aku pon hampir2 terkena. jadi, sila berhati-hati yer kawan-kawan (dan aku juga!)

2 comments:

  1. aku selalu dpt call mcm ni..siap org tu call guna hp..aku tanya awat tk call no opis dier.,,illegal ke
    hehehe

    ReplyDelete
  2. kelmarin ada lg org insurance call aku.prudential pulak.yg tak bestnya,aku terjebak jugak.adesss...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...