Tuesday, July 6, 2010

kitchen renovation

balik kerja semalam terkejut tengok dapur berterabur. bukan berterabur sebab bersepah tapi berterabur sebab tengah di 'operate' oleh suamiku. otw balik kerja dah tau yang ojie tengah kemas rumah. bila dia cakap je 'balik cepat, b tengah kemas rumah ni' aku mula risau sebab 'kemas rumah' pada dia membawa maksud yang mendalam sekali. maksudnya kemas 'all-out'.

kali ni siap dengan ubah kedudukan semua barang kat dapur. nak harapkan aku ubah memang tak la sebab stail aku memang tak suka ubah kedudukan sesuatu barang sebab nanti take time untuk familiar balik. lagipon rasa pelik ja bila dah berubah tempat. aku lebih suka setia pada yang satu. cewahh...

so, masuk je rumah, salin baju dah kena tolong mengemas. sangat malas ok kena mengemas rumah hari isnin. tambah-tambah bagi orang yang malas mengemas macam aku ni. ngeee... tung-tang-tung-tang dekat pukul 11 baru siap mengemas. tapi aku lagi banyak duduk dari kemas. bukan apa. tiba-tiba perut rasa tegang semacam. buat kerja sikit dah termengah-mengah. jadi boleh dimaafkan. huhu...

pukul12 tido dalam kepenatan (yang tak seberapa jika dibandingkan dengan oji.hehe...) sampai nak bangun pagi pon malas, drive ke ofis dalam keadaan mengantuk gila! jadi sampai je opis terus check-in dalam surau.

kesimpulannya, jangan le mengemas dengan mood 'monday blues' :p

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...