Wednesday, July 7, 2010

my pregnancy cronology: part 1 - infertility treatment

sejak aku pregnant ramai jugak yang tanya 'macam mana'. kebanyakan yang tanya tu tau aku pernah buat infertility treatment. selain daripada tu, ada jugak kawan yang suggestkan makan/amek beberapa jenis ubat. so, aku senaraikan antara usaha-usaha yang pernah dilalukan. huhu...

1. Infertility Treatment

aku mula terfikir nak pergi check pon sebab dah tak tahan ramai sangat dok bertanya bila bila dan bila. padahal masa tu tak sampai setahun lagi aku kawen. then start risik2 kat O&G HKL diorang cakap akan terima kes yang setahun setengah or dua tahun ke atas saja. tapi aku belasah je pergi walaupon baru setahun lebih usia perkahwinan kami. ececeh... nasib baik diorang terima jugak. mungkin sebab staff kot :D rawatan ni buat kat HKL je sebab senang nak pergi & of course sebab murah. huhu...

1st appointment:
diorang bagi kaunseling dan explain apa yang kena prepare kalau kena buat intrauterine insemination (IUI) or in vitro fertilization (IVF). frankly speaking, tak pernah terfikir nak buat benda tu. aku buat keputusan untuk jumpa gyne pon sebab nak dapatkan clomid je. tapi dah terjebak kena la ikut semua procedure dia.

2nd appointment:
sample sperm diamabil. yang ni takyah hurai dengan lanjut la. semua orang dah faham untuk apa.huhu... aku plak kena amek darah untuk check hormon level etc.

3rd appointment:
2nd appointment check husband, kali ni giliran aku pulak. kena pergi x-ray untuk buat hysterosalpingogram (HSG).

A hysterosalpingogram (HSG) is an infertility test that shows whether both fallopian tubes are open and whether the shape of the uterine cavity is normal - Google.

sangat sakit ok! rasanya 3 kali kot doc inject ubat untuk cuba buka my left fallopian tube. masuk trial ke 4 aku surrender sebab dah tak leh tahan. rasa macam senggugut tapi sangat menyakitkan!

4th appointment:
kali ni baru boleh jumpa doc. time ni la baru tau result semua test yang dah dijalankan. doc suggestkan beli ubat herba which cost Rm300++ untuk suami. nak taknak kena la beli. huhu... aku pulak kena buat pap-smear & doc bagi ubat untuk stablekan hormon. so, haruslah amek darah lagi lepas tu.

5th appointment:
appointment pertama untuk taun ni. jumpa doc untuk kali kedua. kali ni doc terus cadangkan buat IUI. tapi kami agak berat hati nak buat. so, aku mintak nak try clomid dulu. tapi bila doc cakap clomid pon ada side effect, terus tak jadi nak amek. jadi setuju je untuk proceed with IUI.

pesan doc tu "nanti 2nd day period u datang sini kita akan check perkembangan telur dulu. kalau sesuai next day (kot) kena datang la buat IUI."

aku pon redha je sambil menunggu next period. tunggu punya tunggu tapi tak sampai-sampai. sampai la sekarang. huhu...

okey, nanti sambung lagi part 2.

2 comments:

  1. wah.. i'm amaze with ur story. congrats to ummi and suami.. iyer... ianya datang naturally kan :)

    ReplyDelete
  2. tula.rezeki tu Allah yang tentukan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...