Wednesday, July 21, 2010

puding roti caramel

actually buat puding ni khamis minggu lepas. tapi baru harini rasa nak update.

rancangan asal nak buat puding caramel sebab dah lama amek resipi dari Azie. tapi bila tengok resipi yang simple tu ada part yang aku confused. masa tengah googling cari resipi puding caramel, terjumpa resipi ni. tengok macam sedap (sebab puasa sebenarnya tu!) terus rasa nak try.

jadi setelah berjaya mencari bahan-bahan puding (of coz paling susah nak cari esen vanila!haha...), malam khamis tu try la buat. berdebar-debar je tunggu hasilnya sebab first time try buat makanan ala-ala dessert.

selepas kukus selama 30 minit, taraaa.... inilah hasilnya :p

bahagian atas yang nampak 'macam elok'


dalam hati cakap "fuhh, nasib baik jadi. tapi macam keras sikit. mungkin sebab terlebih tepung custard. takpe. boleh telan lagi ni"

sampai part kena terbalikkan ni yang tak berapa best. tengok le rupanya macam mana:

gambar bahagian bawah setelah di'cover' dengan cocktail


sila perhatikan bahagian yang nampak hitam sipi-sipi itu. itulah sisa caramel hangit yang tinggal selepas operasi touch-up. caramel aku hangit sebab aku cairkan balik. terkejut dowh bila caramel tu crack.haha!

memang aku dah agak kerna sebab utama aku tak jadi buat puding caramel ialah kerana aku tak sure macam mana nak buat caramel! tapi sebab dah teringin sangat nak makan puding ni, aku belasah aje.

nasib baik buat hari khamis. hari jumaat bawak datang ofis dan paksa semua orang makan.kuikuikui...

so, nak tanya pendapat tukang masak kat luar sana, macam mana cara buat caramel sebenarnya? cairkan gula then tunggu caramel tu sejuk/beku or lepas gula tu cair terus masukkan adunan puding? confused! ada yang cakap sejukkan dulu. tapi kalau caramel beku boleh tuang adunan puding terus ke? tolonggg.... pasni nak buat puding caramel pulak. bulan puasa dah dekat ni. ngeee...


rupa asal puding yang resipinya diambil di SINI

sangat berbeza dengan puding aku! >_<

p/s: harus banyakkan practice lg!

2 comments:

  1. wei,,ang tanya la mak ang..kang mak ang tukang msk pro...rindu nasi lemak mak ang

    ReplyDelete
  2. aku tak reti buat sbb tak pernah tengok mak aku buat la..huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...