Friday, July 2, 2010

sambal ikan bilis + petai

hari isnin lepas masak sambal ikan bilis dengan petai. tp oji cakap ni sambal petai dengan ikan bilis. huhu... buat pertama kalinya aku dipuji berjaya masak sebijik macam my MIL (kembang hidung kejap :D) kata my hubb "kalau makan ngan nasi lemak ni, perghh... blajar la buat nasi lemak pulak. pastu kita p berkelah masak macam ni". disebabkan susah nak capai standard macam tu, aku pon simpan balance dalam peti ais sebab sayang nak buang. selalunya kalau balance simpan dalam tong sampah je.ngeee...

disebabkan aku tak sihat start from tuesday, jadi terpaksala tutup dapur selama 2 hari. semalam baru start masak balik. tu pon sebab aku amek EL dek tak tahan sangat dengan pening+batuk+selsema+sakit tekak. kalau gi kerja jugak rasanya dapur harus ditutup lagi!

masak pon simple2 je dan panaskan balik sambal ikan bilis hari isnin. diulang HARI ISNIN. stail aku kalau dah banyak hari terperap dalam peti ais tu, bila panaskan balik pon sebenarnya buat syarat je sebelum dihumban ke dalam tong sampah. tapi sebab sambal yang sedap punya pasal, tak ingat dah sambal perangat hari isnin punya. huhu... oji siap cakap "sebab sedap sangat, tengok b makan macam mana. kena jimat-jimat ni"

balance yang hanya tinggal 3-4 ekor ikan bilis lepas dinner

sampaikan tinggal balance 3-4 ekor pon dia soh simpan lg. siap pesan "jangan buang tau. balik nanti b nak makan lagi" kesian la pulak. pasni kalau masak lagi tah jadi tah tidak.huhu...

sekian kisah saya yang kembang dipuji suami. untuk makluman suami saya sangat susah hendak memuji-muji walau sedap macam mana pon. katanya tak suka puji-puji. kalau tengok dia makan bertambah-tambah tu paham2 je la. sebab tu saya sangat batak apabila dipuji sedemikian rupa.hahaha...

7 comments:

  1. ummiiiiiiii..sedapnya oiiii.. tergamak amek gambaq yang dh tinggal saki baki ja.. huuuuuuu..bg aku terliuq

    ReplyDelete
  2. ngeh3x...tu xberapa sedap sgt dah kot sbb perangat punya.ngee...

    ReplyDelete
  3. nanaker? : sedapnye

    ReplyDelete
  4. bila nk bg aku mkn..tp sambal je la..aku nak smbl udang coz petai tk mkn

    ReplyDelete
  5. NanakeR:
    nak rase meh le sini kak yana ooii...

    liyana:
    klo takda petai mana sedap.petai tu yang buat sambal jadi sedap.haha...

    ReplyDelete
  6. ummi MIL tue sape...
    terliur sungguh sambal ikan bilis petai ummi tuh...

    ReplyDelete
  7. kak dilah:
    mother-in-law la kak dilah.
    umi plak teringat2 lagi tempe goreng kak dilah.1st & last time rasanya makan tempe.tempe lain xlalu.hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...