Wednesday, August 18, 2010

2 minggu yang lalu

first of all, salam ramadhan. terasa lama pulak tak menghupdate belog. banyak sangat peristiwa yang berlaku. cewahh...

28 July(Rabu)
dapat MC sebab demam. hari selasa dah start rasa panas. balik kerja keadaan makin teruk. kejap2 check temperature. bila temp cecah 27.9 terus ajak ojie gi HKL. masa tu dah around 7pm. berbuka dalam kereta jer sebab takot orang ramai kalau pegi lambat. rekod suhu maksimum yang dicatatkan sepanjang aku demam ialah 38.9. sebelum ni nak naik 37 pon susah. ingat2 balik sepanjang pregnant ni kerap pulak aku MC. haih! buruk la rekod.

minggu pertama bulan Ogos
lepas demam aku kebah, ojie pulak start demam. demam yang lagi dasyat sebab dapat MC 4 hari. siap kena masuk air lagi. mungkin jangkit masa mengurut aku. huhu...

hari jumaat (6 Ogos) terpaksa amek EL sebab nak try balik berubat kat kampung. lepas urut dan jaram ngan air daun kayu baru ok sikit. tu pon amek masa 2 3 hari jugak.


Ahad, 8 Ogos
sebelum bertolak ke Kelantan, terpaksa minum air gula dulu kat klinik UUM. nasib baik air gula diorang sedap. perisa anggur + sejuk lagi. kalau kat GH bagi air gula suam tanpa perisa. nak telan pon seksa.

air gula bancuh sendiri. rasa manis aku tambah air lagi. haha...

jadinya bertolak ke kelantan dalam pukul 1 dan sampai around 8.30pm. dah lama tak pegi kelantan ikut Grik. masuk je Jeli nampak banyak gerai durian kat kiri kanan jalan. target aku otw balik nanti kena berhenti makan jugak ni sebab belum puas makan durian.


Isnin, 9 Ogos
harini mak rehearsal. sebelum rehearsal pegi makan nasi ulam cikgu. sebelum ni datang kelantan tak berpeluang nak cuba. bila pegi tengok memang banyak ulam dari lauk. lauk ade la 3 4 jenis. itupon lauk2 biasa je. mak aku cakap lauk dah habis kot. tapi rasanya memang itu je kot lauknye. nak makan pon kena beratur tunggu meja. hari kedua mak aku dah serik nak makan kat situ. haha...


Selasa, 10 Ogos

congratz, mommy!

hari mak konvo. nasib baik habis cepat. start 9.40, 12.30 dah habis. jadi sempat checkout haritu jugak. disebabkan esoknya birthday aku, haruslah lunch kat Secret Recipe. mak cakap celebrate siap2 sebab esok dah puasa. tujuan utama nak makan tomyam kung. sejak pegnen asyik nak makan tomyam SR je. Johnnys dah tak lalu. bau pon rasa nak muntah (sorry ye en hubby xleh nak teman makan johnnys!)

otw balik, bila sampai Jeli mata melilau kiri kanan cari gerai durian. dapat jugak makan. tapi yang tak bestnya lepas makan je terus badan jadi panas. sepanjang jalan aku tahan nak muntah. duduk pon serba tak kena. tapi aku diam je. masih cuba bertahan. nak dekat Grik baru cakap kat ojie aku tengah tahan muntah. habis je cakap terus keluar semua isi-isi durian. dah jadi tempoyak la. haha... lepas tu dah xde rasa nak makan durian. kalau tak, pantang nampak durian kat pasar malam mesti nak beli.


Rabu, 11 Ogos
1 Ramadhan dan juga birthday aku. still kat kampung ojie. tak rasa sangat macam birthday sebab puasa. thnx pada semua yang wish kat facebook n sms. dah nak jadi mak budak, birthday ni buat aku terasa tua la pulak.
happy birthday jugak pada Ili yang sambut birthday sama ngn aku. sebab kamu belum kawen, kamu masih lagi muda ye Ili. hehe...


so, itu je update untuk 2 minggu yang lepas :p

1 comment:

  1. teruk gk pembawakan budak ang n...
    btw : aku pun suka giler mkn duyan..hehee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...