Thursday, September 30, 2010

tommee tippee feeding bottles

akhirnya dapat jugak pilih botol susu untuk baby. punyalah susah aku nak pilih. huhu...
mula-mula sangat beriya nak beli botol Avent. dah survey kat beberapa online store tapi belum tergerak hati nak beli sebab kalau boleh nak tengok dulu. then masa pergi jusco ada nampak botol cap Avent ni. belek punya belek ada yang buat aku confused.

ada sesape boleh explain apa beza dua jenis botol kat bawah ni? aku memang tak faham. huhu...
sebab tu tak jadi beli Avent.


jadinya botol susu ni yang aku beli:

tommee tippee - closer to nature u!

terjumpa botol ni kat kedai baby depan Wangsa Walk masa jalan-jalan sementara nak tunggu Dominos yang dijangka lambat sejam akibat satu ovennya breakdown (ok, perlu ke cakap tu? perlu sebab ada orang dapat kupon pizza free akibat kelambatan tersebut tetapi kami tak dapat. heh!)

sebab menarik & tertarik dengan designnya, aku beli aje tanpa berfikir panjang (lagipon pilihannya tak memerlukan aku berfikir macam nak beli botol Avent tu pon.huhu...) balik rumah baru google pasal botol ni. then baru la dapat sikit-sikit info pasal botol susu yang ada di pasaran. sebelum ni just tau nak cari botol yang BPA free je. tak kesah la PP or PES.

even PES is better than PP, ok la sikit daripada beli botol plastik biasa. apa yang aku faham PES bottle lagi tahan panas dan warnanya lebih kekuningan compared to PP bottle yang lebih jernih warnanya.

jernih macam ni ye:


antara yang aku jumpa pasal botol ni adalah dari sini. kat bawah ni copy sket dari website dia.

"Mendapatkan banyak penghargaan seperti:
    1. I'm pregnant! Magazine (my best buy)
    2. Mother&Baby Awards 2006/7 GOLD (kategori best feeding 0-6 months)
    3. Parenting Awards 2007
    4. Baby & Pregnancy (reader awards editor's award)
Kelebihan botol susu ini adalah terletak pada bentuk dot yang menyerupai puting susu Ibu.
Serta adanya teknologi anti-colic ditambah advanced easi-vent membuat dot Tommee Tippee nyaman diberikan pada bayi.
Anti-colic memungkinkan dot tetap menyalurkan susu walaupun posisi dot terlipat.
Advanced Easi-Vent adalah adanya lubang udara yang membuat bayi mudah dalam proses mengisap dot.
Tommee Tippee memang menggunakan wide-neck karena desainnya dibuat sedemikian rupa sehingga mirip payudara Ibu.
Bahan botol terbuat dari Polypropylene(PP) yang bebas Bisphenol A (BPA)."

ada yang aku tak paham bahasa indon ni. tapi buat2 jer paham.huhu...

cuma yang terlupa di'consider' adalah saiz botol. incik hubby cakap saiz yang aku beli tu besar sangat. macam mana la nak pegang nanti. takpe2, ada masa kita cari saiz kecik sket, ye? :)

6 comments:

  1. umi..baju preggy yg umi pakai 8 months tu klu x silap la, mcm sama ja ngn baju kak nora....heheheheh..dia color orange kan.......

    kak nora teringin beli avent gak..tp yg umi beli nih mcm menarik la pulak...surney lagi..survey lagi

    ReplyDelete
  2. ala kak nora,biasa la baju cap jusco je.nnt bole bt boria na.hehe...

    ReplyDelete
  3. aku dulu pun beli botol tommee ni. last2 tak pakai. sebabnya nak kena test jugak baby ni suka teat yg mcm mane. igtkan yg tommee ni Aiman suka tp dia xnak. last2 dia suka teat MAM. bnyk la duit berabis beli botol and teat sbb nak test kt Aiman. sbb Aiman dulu tak nak minum guna botol susu.

    ReplyDelete
  4. aiman ni,kecik2 dah pandai memilih ye! :p

    ReplyDelete
  5. Bby sy skrg dh 3bln..avent dh try,pigeon pon try jgk..dy hnye gigit pstu tolk dgn lidh dy..dh x tau nk wat cner lgi???sy nk kjer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try byk jenis la.tommee ni bentuk dia mcm breast ibu sikit.mungkin ok kot.lg 1 klo nak try cuba beli yg teat jenis lembut.mcm NUK ke.yg kuning tu.kalau xnak jgk kena bg guna cup or syringe la.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...