Friday, October 8, 2010

fight for 150

kelmarin masa kemas-kemas almari terjumpa resit deposit bilik masa kat UPM dulu. memang aku simpan elok-elok resit tu sebab jumlahnya bukan sikit. RM150 ok! (banyak tuu...bleh beli stok pampers untuk 3 bulan kot. huhu...) kalau RM50 je aku boleh buat-buat tak nampak.

bukti yang masih elok disimpan :p

so, semalam aku pon call PJSD. tapi dia soh call semula petang or hari ni sebab person incharge takde untuk check details. orang tu tanya, masa keluar dulu ada isi apa-apa borang tak? aku jawab rasanya ada. kalau lengkap semua details, diorang akan hantar ke HQ untuk proses dan buat bayaran. ok, takpe. nanti aku call lagi.

then pagi tadi aku call dia just ambil no matrik & phone no. katanya akan call balik. takpe, aku tunggu. ko tak call, siaplah!

kali ni aku dah nekad nak fight for that RM150. (dah dok menunggu hari ni baru nak fight. kang kena postponed fight lepas pantang la.haha...) dari aku keluar UPM, tak kawen, dah kawen sampai dah nak beranak ni tak dapat-dapat lagi duitnye. dulu cakap paling kurang 2 tahun diorang nak proses. skng ni dah nak masuk tahun ke-4 pon tak siap-siap lagi ke prosesnye? ingat senang-senang je aku nak lupa? mintak maap le. kalau pasal duit ni memang aku berkira, ok! tambah-tambah dengan orang yang takde kaitan sama ada hidup atau mati.

nanti dah ada feedback, aku update lagi :p

2 comments:

  1. Ya Allah...akak pun langsung terlupa pasal benda ni...resitnya pun dah tak ingat campak kat mana dah...jawabnya melayang gitu je la RM150 tu....hmmmm...

    ReplyDelete
  2. kaya la PJS akak.bila org mintak duit mcm2 alasan.yg xtuntut pon ramai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...