Thursday, November 18, 2010

detik-detik melahirkan naufal

sambungan entri sebelum ni.

rabu, 13 oct 2010.

habis membebel, berfacebook kejap, iron baju n tido. masa tu dah dekat 1 pagi.

baru je baring tak sampai 10 minit, terasa n dengar bunyi 'pop' kat tuuttt disusuli dengan lelehan air hangat yang tak boleh dikawal pengalirannya. suruh ojie check betol ke ada air or darah. ojie cakap a'ah, ada. tapi time tu tak rasa sakit pon. so, aku call mak nak tanya kena pegi hospital ke sebab tak sakit lagi. mak cakap kena pegi sebab air ketuban dah pecah, takot baby lemas.

so, salin baju terus gerak ke HKL. sampai PAC dalam 0120am. lamenyela dari amek particulars sampai ke part seluk-menyeluk tu. kain aku toksah cakap la. memang dah basah lencun, menitik-nitik air kat lantai. pad yang dipakai dah tak dapat menampung air yang keluar. sangat laa tak selesa.

suspend je masa first time nak kena seluk. nasib baik doc cina tu buat tak sakit. huhu... masa tu baru buka 1cm. tapi kena warded jugak sebab dah keluar air. naik ward around 0300 am. amek heart beat baby n tido. setakat ni memang tak rasa sakit lagi.

siangnya, habiskan masa dengan ber'sudoku' dan tido aje. sambil-sambil tu sembang-sembang ngan orang katil sebelah menyebelah. kesian sorang tu tengah tahan sakit. dalam pukul 5.00 petang, biras aku, kak ida datang melawat. siap bawak laksa lagi.

lepas makan aku start minum air selusuh. lepas tu la baru start rasa sakit. menyesal plak tak ikut pesan nurse yang kenal masa BTN dulu. dia dah pesan jangan minum awal-awal. nak pegi labor room baru minum. kawan-kawan yang belum bersalin, sila ingat ye! jangan minum selusuh awal-awal!

dalam 5.30 dah start rasa contractions every 15min sampai la 6.15. lepas tu dah start contractions every 5mins! nasib baik baru mild contractions. check bukaan, baru 1.5cm! then, pukul 7 ada misi datang cakap ward first class dah ada kosong. tukar ward, ojie teman lagi walaupon masa melawat dah habis.

pukul 8 malam dah start contractions kuat. bayangkan setiap 5min kena tahan sakit. bermaksud sejam aku kena tahan 12 kali rasa sakit. baru tau yang contractions tu sama rasanya macam x-ray HSG yang aku buat dulu.

pukul 9 malam, baru teringat nak mandi. saja nak buang masa supaya tak rasa sangat contractions tu. masa nak mandi tu bleh pulak aku buat lawak pi cari toilet kat luar. nampak aku terinjut2 jalan, ada nurse tanya nak gi mana. aku cakap nak mandi. baru la dia cakap toilet dalam bilik. haha... buat malu je. mana la aku tau yang ada toilet dalam tu. tak nampak sign toilet pong!

dalam pukul 10, ada nurse datang cakap kat ojie, lagi 10 minit je boleh duduk situ. lepas ojie balik, doc seluk untuk kali ke-3. baru buka 3cm. sakitnye la seluk masa contractions datang!

pukul11.30 aku dah tak tahan sangat. nurse tanya ada amek selusuh ke. terpaksa la aku mengaku. dah kena membebel (act lebih kepada nasihat.nurse2 kat ward tu semua baik2). then dia panggil doc untuk check bukaan lagi. dah buka 5cm. masa doc tu nak seluk, boleh plak aku soh tunggu kejap sbb tengah rasa contractions. nasib baik doc india (pompuan) tu ok. baik pulak tu.

aku mintak ubat tahan sakit (spital gomen jangan mimpi la nk mintak epidural) tapi dalam labor room baru dapat. tu pon jenis gas yang kena sedut tu. dua tiga kali sedut aku rasa lali cam nk pitam je, terus taknak sedut dah. baik tahan je sakit tu.

dah nak kena tolak ke labor room. terus SMS ojie soh datang. sampai labor room, doc india laki yang check bukaan. dah 6cm. masa dia nak seluk pon aku soh hold dulu. time tu aku perasan sorang nurse tu buat muka. aku dengar doc bgtau nurse tu yang dia tak rasa mukus. so, dia soh nurse tu pulak seluk. geram betoi aku ngan nurse tu. dia macam sengaja seluk kasar2. punyala sakit!

sambil menunggu bukaan seterusnya, aku dok berSMS dengan opismate aku, ojie jugak namanye. yang gambonye dengan aku dalam previous entry tu. dia pon tengah dalam labor room kat Pusrawi. bila ojie (yg ni suamiku ye!) masuk labor room (dah taktau pukul brapa) aku dah tak larat. sembang pon aku dah tak ingat aku cakap apa. masa tu jgk aku ada call ojie (ofismate) sbb dpt SMS dia dah selamat bersalin. boleh plak masa tgh cakap ngn dia aku tertido. huhu...

tengah lali2 sambil terasa angin kipasan ojie tu, aku terasa macam nak terberocks sangat2. soh ojie panggil nurse tu. tapi dia takbagi teran lagi. takpe, aku tahan dulu. masuk kali ke2 rasa nak terberocks, aku dengar nurse tu bebel2 bila ojie panggil dia. mmg takleh blah la ngn nurse ni!

aku mmg dah rasa sangat kepala baby dah nak keluar. bila dia cek baru kelam kabut jerit "ok2, dah boleh push. hembus nafas tengok perut". mula2 aku tak paham apa dia cakap. 2 3 sec pastu baru paham. huhu...

masa tengah push tu macam2 dorongan dan bebelan aku dengar. kejap "ok, good2. push lagi". kejap "buka kaki ni. buka lagi. tak buka mcm mana nak bersalin" pastu kena marah lagi "apa awak ni. kejap masuk, kejap keluar ni. curi nafas, push. tak payah la buat bunyi2 sakit tu. ". (lawak plak bila ingat ayat tu. haha...) pastu baru aku tau untuk push dengan betol. baru dengar kata2 semangat yang mula2 tadi.huhu...

135am, keluarla muhammad haziq naufal lepas lebih kurang 2 jam dalam labor room n 10min meneran. perasaan yang tak dapat digambarkan bila nurse letak baby atas dada. nangis akak u! hehe...

naufal lepas keluar labor room

one thing that make me proud is my hubb was by my side masa nak deliver tu. dari awal pregnant aku tanya, dia cakap taknak masuk sebab takot pitam. then masa aku tengah tahan sakit dalam labor room dia cakap kat nurse tu nanti dah nak start push dia nak keluar. tapi last-last dia tunggu jugak sampai baby keluar sambil bagi semangat. huhu... lepas tu terus pening. nasib baik tak pitam ye b? hikhik...

lepas diorang amek baby, memang dah tak larat sangat. lantak le nurse tu nak buat apa pon kat tutt... sakit jahit pon tak rasa dah. ingat nak tido je.

wahh...lame betol nak update entry ni. save draft berhari-hari baru boleh publish. kadang2 menaip sambil BF naufal. dah ada baby kejap je rasa masa berlalu. tak dan nak buat ape-ape. mau taknye, baby tido, ibunye pon tido. haha!

6 comments:

  1. aku rasa kena marah dgn nurse tu mmg semua org kena kot. aku dulu siap lawan balik dgn staffnurse. tp ikut je la ape dia suh buat. pas aku kuar hospital, staffnurse tu tny kt makcik aku kot2 aku complaint psl aku gado dgn dia kat labour room tu.hahah takut pun.

    air selusuh tu mak aku dah ckp siap2 jgn minum. kalau nurse or doc tau mmg kena marah. aku minum air zam-zam je. tu pun dorg sibuk tny air ape.

    seluk sakit woo. terangkat2 muntot tahan sakit.pengalaman semua tu.

    ReplyDelete
  2. bagi aku tengok orang yang seluk tu kot.pengalaman seluk aku yang sakit ngan nurse tu je.tu pon dia macam sengaja buat ganas2. yang lain tak sakit pon.contractions lg sakit woo.huhu...

    ReplyDelete
  3. korang...cerita2 ni buat sy jd ngeri...huhuhu apa lah pulak nasib sy nnt..

    ReplyDelete
  4. xpe wan.pengalaman tu.wan dah bpe bulan?

    ReplyDelete
  5. ummi..huhu...lmbt komen plk,dh b'kurun kot...haha....ummi b'salin spital mne..? bestnye hubby leh teman skli...=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...