Friday, November 26, 2010

kisah aku berpantang

harini dah hari ke-44 aku. esok dah merdeka. hehe...

nak cerita sikit kisah aku berpantang yang tak macam pantang sangat (owh,ayat apakah itu? :p)
ye la. masa dalam pantang berjalan merata, makan tak jaga & ubat pon jarang-jarang telan.

dah nak habis pantang ni baru rajin sket makan ubat. bukan apa, rasa macam ubat tu buat naufal kuat poo poo. lepas menyusu mesti poo poo. kawan kat ofis ajar nak telan ubat tu ampu breast so that ubat tu terus turun ke perut. than, baru aku berani makan ubat.

disebabkan aku berpantang kat kedah, mak aku yang jaga takde la pantang beriya sebab mak aku bukan jenis berpantang. masa adik aku dulu pon dia tak pantang sangat. tapi alhamdulillah, sihat je aku tengok dia. tapi orang kata kalau tak berpantang ni memang kesannya tak nampak skarang. dah tua nanti baru sakit2. tapi mak aku takde pulak sakit2. tah la. tengok daya ketahanan badan orang kot.

mula-mula sebelum bersalin beriya aku berazam nak pantang. nak bertunku, makan jamu segala. tapi semua tu hanya tinggal azam yang separuh berjaya. huhu...

hari pertama kat hospital, breakfast diorang dah hidang kueh teow goreng. dah makan sikit pastu teringat nak tanya linda boleh makan ke tak sebab dalam tu ada ayam, kubis, telo. nasib baik tanya. linda cakap takleh makan takot sakit urat.

balik rumah hari jumaat (hari kedua), ojie beli murtabak sebab ada kawan & makcik datang melawat. senyap-senyap aku makan jugak 2 3 potong.

hari ketiga, subuh-subuh bertolak balik kedah. sampai kedah tengahari. naufal tido aku & ojie keluar gi Cmart sebab ada lagi barang yang tak beli. yela, meletop awal sangat dari due date. kuikui...

duduk rumah, untuk seminggu boleh la mak aku jaga. lepas tu, mak dah start kerja, jaga la diri sendiri. orang dalam pantang terbaring je. aku berjalan sana sini. baju naufal pon aku yang basuh lepas ojie balik KL. bila makcik tuan rumah call, marah dia dengar aku tak pantang. siap pesan jangan basuh baju, takleh main air sangat, bertunku, stokin kena pakai. tapi nak buat cana, kalau aku tak buat, sape nak buatkan?

bab makan mak aku tak bagi pantang sangat. bila nak makan aku tanya boleh makan tak, mak cakap try la makan. kalau takde pape, ok la. aku pantang makanan yang gatal je. ais aku minum nak hilangkan gian je. mane bleh tahan tengok air sirap di tengah hari yang rembang. terliur woo...

orang dalam pantang makan sikit, aku pulak makan bertambah sampai 4 pinggan. mula-mula pelik gak kenapa la aku makan banyak sangat. telan rasa tak kenyang (aku baca bismillah ok!). semalam baru tau bila my MIL cakap breastfeed ni buat kita makan banyak. rasanya orang lain lapaq jugak tapi lauk tak sedap takde la makan banyak kot. tapi aku lauk ikan masin ngan tomato pon aku makan banyak jugak. kena sup gearbox lagi la. bertambah-tambah aku makan. huhu... walaupon makan banyak, berat aku turun 1.5kg bila timbang masa cucuk naufal sebulan.

masuk hari ke-15 kot aku rasa sakit kat perut n tuttt bila nak bangun. mula2 aku tahan. 2 3 hari pastu baru cakap kat mak. mak cakap jatuh kot. kena urut balik. mula2 aku tak paham apa yang jatuh. bila bidan datang nak urut baru aku tau yang batu meroyan jatuh. nasib baik panggil cepat. aku tanya nape boleh jatuh? dia cakap sebab banyak duduk n berjalan. makcik tu tanya bertunku ke tak. aku cakap tunku dan 3 hari kot. pas2 tunku rosak. orang moden guna tunku letrik la katekan. kali ke-2 dia datang urut, siap tolong belikan tunku n ajar cara tunku.6kg beb! hambek ko. lepas tu baru la bertunku kerap sket.

27 hari aku dah balik KL. mula2 rajin kejap bertunku sebab ada bidan kat umah dok bising. tahan la 5 6 hari. lepas tu dah tak sempat. kadang2 naufal buat hal nak berdukung aje. setakat sapu krim mustajab pati halia aje le lepas mandi & sebelum tido.

bab berjalan, kat KL ni lagi kuat la aku berjalan. 33 hari dah bawak naufal pegi JJ Wangsa Maju belikan stroller & car seat. raya haji pegi beraya kat selayang & umah abang ipar kat PULAPOL. pukul 11malam baru balik. 36 hari naufal dah sampai alamanda, 39 hari dia dah kenal Wangsa Walk! ^_*

jadi sempena hari terakhir berpantang ni, aku sangat seronot sebab lepas ni dah tak perlu rasa bersalah nak makan. rasanya naufal ok je kalau aku minum ais. dah try sebelum ni. cuma pedas je tak boleh makan beriya. lite2 gitu aje takot dia sakit perut.

congratz to myself sebab dah habis pantang! hehe... harap-harap takde apa yang akan memudaratkan aku lepas ni.

*esok naufal dah 45 hari jugak. dah besar anak ibu ye!

upload gambo naufal atas permintaan reader. hehe...
my baby blue on 45th day!

8 comments:

  1. batu meroyan jatuh. bahaya tu. aku ms pantang, mak aku+nurse check area batu meroyan tu. dah kecut ke x. bertungku and breastfeed cara nak kecut batu meroyan. aku tny mak aku since nama "batu meroyan" tu ape? mmg batu ke? hahaha..
    lupa lak mak aku jwb ape.. batu meroyan tu rahim kite kot.. nti aku google.

    ReplyDelete
  2. brg bby ang berzaman dh dlm keta aku...bila ntah nk g..bz women katakan..hahaaa...insyallah tis week..kang bj baby pun tk leh pakai

    ReplyDelete
  3. azza:
    aku pon rasa batu meroyan tu rahim kite.aku punye kecut cepat.mase kat hospital lg dah kecut.bleh plak doc yg cek tu buat muka heran sbb dah kecut.

    anon aka liyana:
    tau xpa.dok kata nak mai dari raya haji aritu.tp xmai2 jugak.aku nak stat keja dah 13 ni.

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha.. ni kalau dapat kat mak aku neh, mmg hang kena tarik telinga laa.. pantang pun ala2 lite gitu, tungku pun kurang, bengkung pun tak pakai, stoking pun tak pakai. paling syok siap p shopping.. kakakakaka... haii, hang p cari Bidadari, Q-she and a[antah satu lagi, produk keluaran DCL. aku dulu before bsalin 77kg, after 30days berat haku 64 kg.masuk keja baru slim sikit 55kg, tu pun mcm tembammmm.. lani baru la kurus yg aku nak.. kekekeke..

    ReplyDelete
  5. ummi, hang jgn dok angkat benda berat.. nnt jatuh lagi batu meroyan..aka rahim..

    ReplyDelete
  6. linda:
    haha...seb baik mak hg bukan mak aku.
    produk tu utk bagi kurus ka apa?slimming product aku xmo la.klo bleh nak kurus secara semulajadi.cewahh...

    dah habis pantang pon xleh angkat ka?aku ni jenis gagah sket.angkat tong gas,beras,ayaq dlm baldi slumber ja.

    ReplyDelete
  7. nk wat mcm mana..kwn ang ni mengalahkan PM...
    hiihhh...mcm2 hal je nk kena wat time cuti...ni this week ja aku free..incoming week aku dh tk free sgt...
    insyallah...kang anak ang besq pun tk dan2 aku g tgk...hahaaaa..
    comei anak ang..cm muka ada n hubby ang ja aku tgk...betui ka ang yg beranak kt dier wei? heheee
    just joke ok! heheee

    ReplyDelete
  8. xyah nak gagah sgt la. nti apa2 jadi sendiri susah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...