Tuesday, December 14, 2010

Aku Bukan Syaitan

Wahh, title tak bleh blah. Boleh jadi title untuk filem yang bakal box-office! Sebenarnya nak buat karangan berkaitan tajuk di bawah:

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN

Saya sememangnya tak terlintas langsung nak mengikut amalan syaitan tu. Tapi disebabkan keadaan yang terlalu mendesak, terpaksa la saya membazir.

Masih ingat entry ini? Disebabkan keadaan peti sejuk saya yang telah padat seperti rumah setinggan, terpaksalah saya me'let-go' (maafkan saya Cikgu BM!) stok-stok di bawah:

this



plus this



equal to this

ice cream anyone?


Semua stok bulan 11 dah selamat ke sinki. Sedihnya la tengok. Tapi bila fikirkan balik, lagi sedih kalau bagi Naufal minum susu yang sudah lama. Tak sampai hati pulak rasanya. Saya sendiri pon tak sanggup nak minum.


Keputusan dibuat selepas didapati tiada ruangan lagi untuk menyumbat hasil perahan semalam. Itu baru 2 botol 5oz untuk sekali perahan. Perahan petang terpaksa ditangguh kerana tersalah bajet botol. Ingat bawak 2 botol boleh pump pagi dan petang. Skali tak cukup botol daa...


Diharap Allah tidak menarik nikmat 'susu banyak' daripada saya akibat daripada perbuatan pembaziran saya itu. Saya juga berharap dapat terus menyusukan Naufal sekurang-kurangnya setahun (dapat dua tahun lagi bagus).

Sekian sahaja karangan daripada saya hari ini.


Kesimpulan daripada karangan ini ialah sekiranya pengeluaran susu anda sangat produktif, tak perlu ada peti ais besar pon tak pe kot. Hasil pumping harini cukup untuk guna the next day. Dapat bagi susu yang lebih fresh kat baby.


**Update: Reaksi kawan2 cakap sayangnya buang susu tu. Memang sayang. Yang baca cakap sayang, yang tukang buang ni apatah lagi. Tambah-tambah bila memikirkan betapa lecehnya kerja-kerja pumping ni. Malahan sebelum buang tu pon aku cakap kat my MIL kalau la bleh bagi kat orang susah yang tak mampu beli susu. Boleh jadikan anak angkat. Huhu... Sampai teringat kat sorang mualaf yang minta derma sebab takde duit nak beli susu anak dia masa kitaorang singgah semayang kat masjid kat Klang dulu.

p/s:Naufal is 2 month old today!

4 comments:

  1. Ummi, p beli peti ais besaq..kekeke..sygnyaaa

    ReplyDelete
  2. tajuk tabolebelahhhh hahhahha

    alahai sayangnye susu tu.sera plak smlm bru ckp ngn fazrul,frozen stock da tggl sikit...

    tambah beli deep freezer!leh kendian hari simpan stok aiskrim/daging manyak2..hihihihi

    ReplyDelete
  3. linda:
    ok ja peti ais aku la ni.huhu...

    aSeRa:
    tajuk mesti gempak sera.haha...

    mmg syg tapi bila pk balik xpe kot.xde la naufal minum susu lame.at least fresh la sket susu tu.skng ni pon dah penuh blik.kena buat 2 tingkat pulak pas ni.

    ilhan minum bpe botol sehari?naufal sehari 2 cup dadih tu je skng.

    ReplyDelete
  4. wah produktif sungguh! tahniah2x hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...