Monday, December 13, 2010

Back to Work *Sigh*

Hari ni first day got back to work. Punch card 07:34. Ciss, lewat 4 minit. Semuanya gara-gara jam HP terlambat 15min. Huhu...


5.45 dah bangun kejutkan Naufal. BF dan tukar diaper. Kejam punya ibu biar anak tido selama 10 jam tanpa menukar diaper. Nasib baik sikit je 'inti' nye. Bukannya apa. Cuma kalau dia dah tido malas nak kacau takot dia meragam sampai ke pagi. So, dah dia tido lena ibunya apa lagi. Tido lena diulit mimpi indah la :p


Baik betol Naufal semalam. Tido dari pukul 8 sampai pagi. Penat ye round-round KL. Sekejap Wangsa Maju-Keramat-Setapak-Keramat-Sentul-Keramat. Pusing-pusing macam Marry-go-round. Mesti Naufal pon pening kepala macam Ayah & Ibu. Hehe...


Mula-mula risau nak tinggal sebab dua tiga hari ni Naufal buat perangai tak mau botol lansung. Saje nak manja-manja ngan ibu la tu sebab tau ibu dah nak kerja. Tadi call my MIL dia cakap Naufal ok je. Minum susu pastu tido. Tangan orang tua mana nak sama ngan tangan kita yang baru berapa hari pegang baby ni. Nasib baik Opah yang jaga. Boleh call kerap-kerap.


Dah tak sabar nak balik gomoi Naufal. Baru aku faham kenapa ayahnya bila balik keje asyik nak gomoi dia ^_^


**Dah pandai guna huruf besar. Tengah belajar menjadi seorang blogger yang rajin mematuhi tanda baca lol**

2 comments:

  1. alaa..baby Naufal neh jangan ikut perangai ibu dia suka sopping sudahh.. kakakaka

    ReplyDelete
  2. ibu dia suka window sopping ja.nok sopping pitih dok banyak.haha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...