Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
* bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
* catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
* simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
* jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
* susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
* jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
* sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
* jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
credit: Momschoice
tapi ada beberapa perkara yg buat aku confused (sokmonya confused!) iaitu tempoh masa menyimpan susu.
1. kat atas tu cakap kalau pada suhu bilik tahan 4 jam. tapi yang kat susuibu cakap tahan 8 jam
Simpanan susu ibu:-
- Di dalam peti sejuk beku tahan selama 3 bulan.
- Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam.
- Suhu bilik tahan selama 8 jam.
2. untuk simpanan dalam peti sejuk (bahagian bawah) pon berbeza tempoh masanya.
momschoice: Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
susuibu: Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam
sarakids: buat pengetahuan semua, susu yg disimpan dlm peti sejuk bwh (peti sejuk 2 pintu) tahan selama 5 hari. selepas 5 hari, mestilah diangkat n disimpan di atas (freezer- tahan 3 bulan)
so, kepada sesiapa yang tau boleh tolong explain mana yang betol. untuk selamat aku amek average je semua. huhu...
ini pulak stok susu aku. dah penuh bahagian atas freezer. kesalahan yang ketara ialah ada antara bekas tu aku isi terlampau penuh. sebabnye hasil pumping melebihi 4oz. nak transfer ke bekas lain sikit sangat pulak. jadinya, tuang aje dalam satu bekas. hehe...



wow..good production...alhamdulillah rezeki naufal..jenuh jugak penuh peti ais nih..kak nora tgh pening nih..silap betul haritu beli pati ais kecik..
ReplyDeleteklu check up kt klinik kesihatan putrajaya ibu mengandung wajib masuk kelas menyusu..ada gak info psl simpan susu nih..tp kine buka nota blk sbb masuk kanan keluar kiri
mi, tupperware tu yg mcm tupperware dadih tu ke?
ReplyDeletekak nora:
ReplyDeletekena tukaq beli peti ais besaq.hehe..xpa kot.kwn umi pon peti ais kecik.bleh ja bf anak dia.
nnt kalau ada kelas lg kak nora tolong tanya sokalan yg buat umi confused tu.lg 1 tolong tanya baby bleh x minum susu sejuk.bukannya sejuk yg baru keluaq peti,tp yg dah rendam kjap je.nnt tulis kat blog eh.bleh share2 knowledge :)
ina:
ReplyDeletemmg bekas dadih pon.sebenarnya xdigalakkan sgt simpan dlm bekas tu.tp boleh la dgn syarat jgn panaskan dlm tu.transfer dlm botol baru panaskan.
Bekas dadih tu BPA free jgk eh? ke tkpe je simpan tak BPA free pon?
ReplyDeletebekas dadih tu PP.tak BPA free.ramai org simpan dlm tu je.bekas tu kalo sejuk xpe.panas yg bahaya.
ReplyDeleteSalam ummi,ksal try jwb yg ummi confuse berdasarkan yg ksal tau. 1)kat suhu bilik, susu lepas pam, thn 4 jam..klu dalam aircond br 8 jam.better 4 jam la.
ReplyDelete2)peti sjk (bhgn bwh)..3-5 hari. nk selamat lps 3 hari, ltk la kat freezer.
info ni klu x silap yg ksal baca dlm buku panduan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya.
ksal:
ReplyDeletethnx kak sal for the info.
kalo susu yg dah direndam dlm air suam tahan bpe lame plak kat suhu bilik?
waaa kreatif sungguh yg 2 tingkat tu :D
ReplyDeletesera pun nk selamat ambil yg average je.max 5 days kat fridge,then masukkan ke frozen.
satu lagi pasal defrost susu,dulu sera jumpa kata keluar pukul 12 mlm pukul 6pg da cair.tapi sera buat mcm tu,still beku.kena keluarkan pkl 7mlm or plg lewat 9mlm bru agak cair.i guess all these tgk kedaan peti ais gak.suhu pt ais sera set 1 je.xkuat pon.
aah,kepada sesape yg nak kahwin,consider la beli peti ais besar sikit punya.kak sal untung sbb kemudian bru beli peti ais.sera nk masuk rumah aritu beli.xpela...pakai je ape yg ade.Alhamdulillah so far ok.
btw ummi,sera dulu ada bad experience using bekas dadih.time cair,ada leak.rupanya ada bocor.terus lps tu pkai linen utk frozen.kurg membasuh botol ye juga.hihihihi
btol la sera.umi kluakan pkul 12mlm kdg2 pkul 9pg pon blom cair habis.
ReplyDeletebekas dadih yg baru pon ada leak ke?stakat ni alhamdulillah,ok lg.
Smoga kite sukses menyusu anak ya :)
ReplyDeletechoco1ic:
ReplyDeletebekas PP mmg BPA free lah.. botol susu yg ada d pasaran pun kbykn PP. sbb bahan PP lebih murah brbanding bahan plastik PES.
thnx anon for da info.
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletenak tanye kalo simpan susu di bahagian bawah selama 2 atau 3 hari and susu ade buih-buih adakah susu tersebut masih boleh diminum atau telah rosak?..
Kalau dah berbuih tu rasanya dah tak elok.nak confirm apa salahnya rasa dulu kan? :) Sy slalu simpan susu kat bawah sehari je.untuk transit sebelum guna.kalau tak,letak kat freezer.kadang2 letak kat bawah ni walaupon boleh tahan 3-7 hari, faktor kita dok bukak tutup fridge pon boleh sebabkan susu cepat rosak.better tetapkan KPI letak susu kat bawah tu 1-2 hari je.kalau nak ok sikit letak kat chiller-bahagian bawah yang paling atas yg ada penutup tu.
Delete