Friday, December 10, 2010

macam ni punya orang pon ada ka?

Aku bukan kaki YouTube. Kalau tengok pon video-video yang orang share kat Facebook. Dua tiga minggu lepas ternampak ada orang share video ni.






Mula-mula tengok gitu-gitu aje. Tapi bila my BIL suruh downloadkan video tu, baru cari balik kat YouTube. Then baru perasan huyaii, banyaknya lagu 'orang' ni miming. Perkataan 'orang' itu diguna kerana pada mulanya aku confused dia ni lelaki ke perempuan.


Ikutkan tengok dalam video kat atas tu mati-mati aku ingat dia ni lelaki. Siap compare la ngan video lain nak sahkan. Tapi still confused. Then tanya Og dia cakap pompuan.


Yang buat aku confused ialah tak sangka ada pompuan macam tu. Orang Kedah cakap kelolo. Tak pon rempang. Selalunya orang laki ja yang berani buat kerja cenggitu.

Tengok video-video dia yang lain, lawaknya la dia nih. Sampai gelak sorang-sorang la. Apapon I loikee... Huhu...

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...