Thursday, January 13, 2011

Naufal Ragging Ayah Bila Ibu Busy

Semalam merupakan hari busy saya. Pagi-pagi lepas breakfast, (tak sempat nak minum pon!) dah kena pergi entertain user yang asyik call PC bermasalah tak leh guna sistem, patient tengah ramai. Selesai satu tempat, baru je nak balik ofis boss call suruh pegi klinik lain pulak. Then, alang-alang dah keluar pergi pantau kat 2 klinik lain pulak. Ada complain vendor tak buat kerja. Kadang-kadang geram jugak deal ngan vendor ni. Kita pulak nak kena kejar dia soh buat kerja. Kalau sekali kejar kerja jalan takpe jugak. Ni kena 4 5 6 kali baru gerak. Haih!


Balik ofis, sambung 'copy' soalan soal selidik untuk kajian DSA. Pastu teringat SKT juruteknik tak habis nilai lagi (sila terima hakikat akan kelewatan menyiapkan SKT di sini. orang lain dah dapat markah, dah siap sasaran 2011, kami baru nak nilai pencapaian 2010!). Susah betol nak fikir ayat untuk ulasan. Huhu...


Tengah hari pegi company D kat subang untuk UAT sistem. 12.45 dah kena gerak (lagi skali tak sempat minum air lepas lunch). Ingatkan sesi UAT boleh habis awal. Sekali pukul 6 lebih baru habis.

Around 5 Ayah Naufal SMS Naufal asyik menangis. Dah try macam-macam pon tak mau jugak. Aku dah start gelisah, tak senang duduk plus tension. Macam mana la Ayah dia jaga. First time tinggalkan Naufal ngan Ayah lama-lama.


Pukul 7.45 sampai rumah masih dalam mood tension. Tapi nampak Ayah Naufal cool je sambil berFB, Naufal plak dah tido. Tengok dalam bilik air ada besen mandi, dalam bilik ada lampin dah pakai. Oooo... Pandai rupanya Ayah Naufal bagi mandi & tukar lampin. Kalau tak, asyik Ibu je buat semua. Kira lulus la ujian penjagaan bayi untuk Ayah Naufal. huhu... Pasni dah boleh tinggal Naufal ngan Ayah with no worries.


p/s:Thnx to Ayah sebab tolong masak, rebuskan botol, kemaskan beg susu ibu & beg Naufal. Kurang sikit tensi nye. Hehehe...

2 comments:

  1. ummi, hang suh ayah naufal mai berguru ngn husband aku.. husband aku bab jaga anak, dia mmg tip top..aku buleh bagi markah 200% tanpa sebarang keraguan.. kekekeke

    ReplyDelete
  2. husband hg dah jaga 2.husband aku ni baru nak mula.tu pon kira dah ok banyak 2 dari mula2 dulu nak pegang pon takot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...