Tuesday, February 1, 2011

Sebelum dan Selepas Bersalin

Perbezaan KETARA yang dapat di analisa semasa mengandung dan selepas bersalin:

1. Masa mengandung kulit muka tak sensitif sangat. Jerawat berkurangan dan senang nak maintain. Belasah je sebarang sabun, tetap ok.

Lepas je baby keluar, jerawat pon keluar sama. Ingatkan dulu kulit dah ok, rupa-rupanya pembawakan budak aje. Hampeh!


Ulasan lebih kepada yang no 2 ni yer.

2. Masa mengandung, rambut nak gugur selai pon susah. Dengan confidentnye aku cakap kat Yong "rambut aku la ni dah ok. Guna Re**i** ja"

Lepas bersalin, hambik ko. Rambut gugur macam orang kena cancer. Tak caya, sila tengok contoh di bawah:

Yang belah kiri gugur masa mandi dan yang kat sikat of coz la hasil sikatan lepas mandi.


Dan hasil gabungan kedua-dua sesi, terhasillah:

Gila banyak gugur kan?!


Selepas men'google' dapat beberapa info tentang rambut dan petua untuk mengatasi rambut gugur:

1. Selepas kelahiran anak, jumlah kehilangan darah yang banyak dan perubahan yang besar pada peredaran darah serta kadar metabolisme menyebabkan hormon sukar dilaraskan. 3 hingga 5 bulan selepas bersalin, kira-kira 30% daripada jumlah rambut akan gugur. Wanita-wanita ini juga kehilangan rambut kerana stamina dan kesihatan yang lemah selepas bersalin - Yun Nam Hair Care

2. Rambut memerlukan 4 vitamin iaitu Vitamin A, B, C dan E.

3. Rambut gugur akan kembali normal selepas 5 bulan (harap-harap fakta ni betol)

4. Yogurt yang dilumurkan di kulit kepala membantu mengeluarkan haba panas yang terperangkap di kulit kepala, menyejukkan dan membina semula nilai pH yang seimbang bagi kulit. Ini dapat mengelakkan keguguran rambut kerana kepanasan kepala yang berlebihan akan menyebabkan akar rambut tidak kuat dan mudah gugur. Avocado pula yang mempunyai protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potassium, vitamin A, C serta niasin merupakan sumber asli bagi merawat rambut kering dan mudah putus - Utusan Malaysia

5. Daun bunga raya merah juga boleh mencantik dan menyihatkan rambut - Ni dah lama tau. Tapi malas nak amal. huhu...


Ada banyak lagi info. Tapi tak muat kertas nak tulis. Cikgu soh buat karangan 350 patah perkataan ja. Dah terlebih sangat2 tu. Kang kena tolak markah plak ;p

6 comments:

  1. point no1 tu aku mcm terbalik je ngn ko... time pregnant ni jerawat berlumba2 nk kua.... tk penah stop... aku dh tak larat nk pk dah... hopefully pas deliver nnt normal la blk...

    ReplyDelete
  2. tak yah pk na.biar je.pas bersalinmsti ok.time mengandung mcm2 perkara tak diduga berlaku.cewahh...

    ReplyDelete
  3. nana : yang no 2 tu stuju sgt.. sampai lapang bahagian kpala bahagian remos bahagian depan.mengerikan... hihi. tp skg dh mula tumbuh balik :)

    ReplyDelete
  4. sufi dah 5 bln eh?kalau tumbuh balik btol la kot fakta no 3 tu.

    ReplyDelete
  5. eh betullll, i agree esp part two.. risau jg, skrg rajinkan diri mkn balanced meal n treatment rambut (bt sndr kdg2 pg salon).

    ReplyDelete
  6. NAK KETAT,MANTAIN DARA DAN KEKAL SIHAT SEBAGAI PERAWAN SELEPAS BERSALIN BERKESAN MENGGUNAKAN PIL SERI PERAWAN buatan orang kampung 100%...layari cikdinafarhana.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...