Tuesday, March 29, 2011

Blogger Pemalu

Hii semuaa (macam Sheila Rusly la pulek). Kebetulan harini terpaksa EL sebab anak babysitter warded kat Ampang Puteri. Nak amek half day bos tak bagi pulak. Padahal keje berlambak lagi tak settle. Jadi ambil kesempatan mengodek blog. Lepas bersalin ni rasa busy la pulak compared to masa mengandung dulu. Mungkin bos bertimbang rasa tak bagi kerja banyak sangat sebab pregnant. Bagus bos aku ni walaupon mulut kadang-kadang bising. Huhu...

Pic of the day:

Semasa melawat orang sakit. Tapi hanya snap gambar orang sihat ;p

melawat Amirul @Hospital Ampang Puteri


dia pulak yang lebih-lebih


Jadi apakah itu blogger pemalu? Blogger pemalu tu ialah AKU!


Aku start berblog since March 2008. Masa tu create blog sebab bosan kat office. Kiranya sekarang dah 4 tahun la. Ikutkan dalam masa 4 tahun sekiranya aku bukan seorang yang pemalu, mesti dah ramai kawan alam maya aku. Kadang-kadang seronok je bila tengok blogger2 ni gathering.


Dan sekarang ni sangat ramai blogger baru yang sekejap je dah boleh mengumpul beribu follower. Caranya sudah tentulah menjadi follower orang lain dan rajin meninggalkan komen atau mencapap di mana-mana ruangan shoutbox.


Aku berblog bukan untuk mencari follower. Tidak jugak untuk mengejar traffic supaya dapat bayaran dari Nuffnang. Aku berblog sekadar untuk meninggalkan sedikit kenangan untuk masa hadapan dan untuk kawan-kawan tau sedikit sebanyak apa yang aku buat. Kadang-kadang update pon sebab ada kawan-kawan tanya kenapa tak update blog. Terima kasih kawan-kawan yang sudi membaca blog aku. Haa, Qilah. Suka menjadi silence reader yer?


Pernah jugak terfikir nak membuat transformasi pada blog aku ni. Nak berubah dari hanya silence reader kepada ge-ge (bising) reader supaya dapat ramai kawan. Tapi sebab aku ni pemalu sangat, nak drop komen pon malu. Kadang-kadang dah tulis komen tapi tak jadi publish. Huhu... Aku masih dalam cubaan untuk ber'kawan' dengan blogger lain. Lately ni ada jugak la satu dua blog yang aku sempat komen. Yang lain masih sebagai pembaca senyap. Hehe...


Kepada silence2 reader disini, you are welcomed here. Kalau tak pemalu macam aku bolehla tinggalkan komen supaya kita boleh ber'kawan'. :)

4 comments:

  1. buat setakat termampu jgn abaikn tanggungjwab sebenar udah la..
    Naufal putih melepak makin handsome dia ngan rmbut tpacak keh3..

    ReplyDelete
  2. woi budak naufal ni apesal comel sgt hah... hahaha...

    ReplyDelete
  3. nnt kalo muni dpt anak pompuan bleh la hantaq borang nak jadi besan.kuikuikui...

    ReplyDelete
  4. haha nama Qilah dah kantoi jd silence reader...tp Qilah yg mana xtahu la...hehehe umi sy pun blogger yg pemalu...hikhikhik aaauuuwwww

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...