Monday, March 7, 2011

Tak Tau Nak Letak Title Apa

Untuk pengetahuan yang tak tahu lagi, aku ni baru memandu secara aktif selama lebih kurang 4 tahun jer. Dapat lesen dah 9 tahun, tapi takot nak drive. Huhu... Jadi aku tak layak lagi nak masuk dalam golongan pemandu profesional. Aku start drive pon bila dah ada kereta sendiri. Tu pon kena paksa oleh boyfriend aku pada ketika itu yang sekarang dah selamat pon jadi ayah kepada Naufal. Heh!

Sape pernah naik kereta dengan aku akan tau yang aku ni kuat membebel masa drive. Sila kesiankan ayah Naufal kerana dia yang paling kerap bernanah telinga menahan bebelan aku walaupon bukan aku yang memegang steering pada waktu bebelan itu (ayat agak panjang. sila baca dan faham betol2!)


Antara perkara yang membawa kepada bebelan tersebut ialah:


1. Pemandu yang suka makan angin di jalan raya pada waktu yang tak sesuai.

Maksudnya:
Drive dengan kelajuan minima 40km/j semasa waktu puncak iaitu pada waktu pagi nak ke office, waktu petang bila pulang dari office dan waktu bila semua manusia berduyun-duyun berada di atas jalan raya untuk balik kampung makan rendang, ketupat, kuih bangkit dan limau (time raya la tu!)

Ketidaksesuaian pemandu tersebut makan angin telah menyebabkan situasi kesesakan jalan raya yang tak boleh dimaafkan. Ingatkan ada orang mati kat tepi jalan ke apa. Rupa-rupanya ada kura-kura kat lane kanan. Haih!

Cara mengatasi:
Sila drive dengan kelajuan minimum 60km/j (kecuali di kawasan sekolah atau selekoh ;p)



2. Pemandu wanita yang sememangnya digelar 'stereotype lady driver' oleh kaum lelaki (harus terima hakikat walaupon aku seorang wanita ayu)

Maksudnya:
Drive dengan cara jalan tersebut adalah milik dia seorang or dia sorang je yang bayo road-tax.

Dulu asyik dengar orang laki complain pasal pemandu wanita, tapi lately ni selalu sangat terjumpa. Memang menimbulkan rasa nak maki je. Maunye tak. Lepas bagi signal terus je terjah nak masuk. Bukan nak tengok kiri-kanan-depan-blakang dulu. Nyaris-nyaris aku nak accident. Haruslah hadiahkan dia sebiji horn yang panjaaaang.

Eh, pernah accident sekli dengan amoi Kenari dalam HKL. Sebab tu la. Bagi signal terus masuk. Geramnye la. Dahla mintak ganti rugi banyak plak cekadak dia.

Cara mengatasi:
Memandulah dengan cermat walaupon nak cepat. Sila ubah persepsi kaum Adam terhadap kaum Hawa ye kakak-kakak.

*kat sini mesti ada yang cakap "Eleh,cakap orang. Dia pon pompuan gak" Aku jawab: "Setakat ni aku tak ingat lagi pernah buat gitu". Sape pernah nampak sila upload kat YouTube! Hahaha!



3. Traffic light yang boleh lepas 10 buah kereta hanya mampu melepaskan 5 buah kereta sahaja.

Maksudnya:
Apabila ada certain pemandu yang suka berangan sementara menunggu lampu hijau di traffic lite. Ataupon pemandu yang jenis lambat bertindak dalam segala hal. Nak tunggu kereta depan jalan dulu baru dia terhegeh-hegeh nak masuk gear, turunkan hand-break dan tekan minyak. Mungkin ini punca kesesakan di KL ni.

Cara mengatasi:
Sentiasa fokus pada sebuah kereta di hadapan kereta anda. Bila kereta tu dah bergerak, silalah bersedia untuk bergerak walaupon kereta di hadapan anda belum masuk gear pon lagi. At least anda telah sedikit membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya. Jadi sila bangga dengan diri anda, ok!

Untuk kereta yang depan skali pulak macam mana ye? Kalau nak tau bila lampu kita akan hijau, sentiasa tengok jalan sebelah kanan kita (err,faham tak?) Lepas kereta sebelah kanan selalunya akan tibalah turn kita (kebanyakan traffic lite cenggitu la yang aku perasan). Takpon, macam aku selalu intai (kalau nampak la) lampu yang tengah hijau tu. Dah kuning, siap2 la masuk gear.


4. Berhenti di lampu isyarat yang tiada orang melintas.

Maksudnya:
Bila lampu isyarat pejalan kaki merah bermaksud ada orang nak melintas. Tapi apa yang anda lalukan sekiranya lampu merah tetapi tiada makhluk yang boleh nampak dengan mata kasar sedang melintas? Atau sedang menunggu untuk melintas. Atau senanag cakap takde sesape pon berhampiran traffic lite tu melainkan kereta anda dan deretan kereta lain sepanjang 500 meter dibelakang kereta anda.

Cara mengatasi:
Kalau kereta aku yang di depan sekali, haruslah aku jalan je (sila maafkan saya yer abang polis!) Kat KL ni polis takkan marah kot kalau jalan je. At least dapat jugak tolong diorang mengawal kesesakan lalu-lintas. Kan abang polis kan? ;p

Tapi silalah berhati-hati sebelum jalan. Jangan ko main laju je tak pandang kiri kanan dah. Kalau terlanggar anak orang, tanggung sendiri ye. Jangan claim aku plak yang suruh langgar.


Untuk hari ni itu je yang boleh dibebelkan. Ada lagi dua tiga tapi dah malas nak tulis. Huhu...
Dapatlah disimpulkan disini bahawa aku bukanlah seorang pemandu yang sabar. Walaupon drive macam ribut tapi aku masih berhati-hati dan yang penting fokus masa drive.

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...