Friday, April 22, 2011

ASTRO oh ASTRO

Dengar kat berita semalam. Astro ditegur sebab menyiarkan iklan sedangkan ia merupakan saluran televisyen berbayar.


Memang patut pon. Dah la pengguna bayar untuk cerita sama yang diulang tayang sampai naik muak, di tambah pulak dengan iklan. Rasanya dulu Astro takde iklan pon.


Tahun lepas je Astro kutip 2.7 billion daripada lebih kurang 3 juta pengguna dan pendapatanya dijangka meningkat kepada 3 billion next year. 3 juta jer pelanggan dia daripada lebih 28 juta rakyat Malaysia ni? Sikit jer la... Nasib baik aku tak termasuk dalam 3 juta tu! Siaran TV yang ada pon tak tertengok, nak tambah Astro pulak ;p

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...