Thursday, April 14, 2011

Avent Manual vs Medela Swing

Lambatnya nak buat entry pasal breast pump. Mula-mula cadangnya nak cerita kisah breast pump aku. Tapi sejak kejadian semalam nak tukar tajuk sikit. Pada yang masih mencari pump yang sesuai, harap entry ni dapat membantu.


Dulu pernah buat entry INI, to compare Medela Swing & Spectra 3. Avent memang tak pernah masuk senarai. Tapi macam mana boleh terbeli Avent manual pulak? Ini lah akibatnya kalau asyik bertangguh. Masa pregnant asyik bertangguh nak beli. Plus tak tau nak beli yang mana. Tak habis2 survey. Last-last sampai meletop tak beli-beli.


Kisahnya boleh terbeli Avent manual ni bila Naufal kena jaundis. Baby bila jaundis memang akan kurang menyusu. Masa dia warded kat Hospital Jitra breast asyik tegang dan susu asyik keluar je. Sebab takot bengkak, petang tu jugak aku ajak Ayah Naufal pergi cari pump. Tinggal Naufal kat Mak Tok kejap.

Setakat kat Jitra tu manala nak cari kedai baby canggih-canggih macam kat sini. Nak beli online tak bawak balik laptop. Lagipon aku tak rasa aku boleh tunggu lagi sehari. Jadi hanya terfikir nak cari kat Anakku Jitra je.


Ingatkan ada la banyak choices. Tapi hanya ada Avent & satu lagi brand ape tah yang tak berapa popular sangat. Mak aku soh beli yang letrik/bateri supaya tak lenguh. Tapi masa tu Avent electric takde pulak. Brand lagi satu tu memang letrik. Bila aku tanya sales girl kat situ ok ke brand tu. Dengan jujurnya dia jawab: hmm...yang ni bising, sakit, cepat rosak. Jujur kan? Dah kata gitu takkan nak beli jugak.


Jadinya tinggal satu pilihan je lagi. Call Ojie mintak pendapat sebab dia pon guna Avent manual. Dia cakap ok je. Tak sakit, tak lenguh sangat pon. So, it's mine at RM400++! Sampai semalam aku masih menyesal bayar harga tu. Boleh beli Spectra 3 yang double pumping tu! Tapi RM400++ tu dapat set macam ni la:


Plus 2 4oz PES bottle, 2 9oz PES bottle, Avent rattle, and this:

cute birth diary


kosong.busy, tak sempat nak tulis semua


Hasil pumping memang memuaskan. Boleh refer stok untuk Naufal yang dulu (stok sekarang kat kedai jer.haha...I'll blog about this later). Banyak review aku baca memang puas hati ngan Avent ni. For me it's highly recommended!


Apa yang aku maksudkan dengan kejadian semalam tu? Suspend2! Hehe... Ini lebih kepada testimoni pengguna Medela Swing bila dah guna Avent manual.


Bos aku sorang ni memang guna Medela Swing since anak 1st lagi. Sekarang dah masuk anak ke3. Tiba-tiba kemarin nak try guna pump Ojie. Lepas guna dia cakap memang puas hati compared to Swing. Lagi cepat, susu pon keluar lagi laju (dan tak bunyi ngukk..ngukk.. mcm Swing. haha... Ok ni aku tambah!) Hari ni pon dia pinjam pump Ojie. Sampai cakap nak jual balik la Swing tu. Huhu... Kenyataannya menyebabkan hilang rasa menyesal aku beli Avent tu.

Ojie pon pernah try guna Swing bila dia tertinggal pump hari Isnin haritu. Testimoni pengguna Avent manual lepas guna Swing? Tak best la Umi. Lambat. Pump kita lagi kuat.

To those yang masih mencari pump yang sesuai, I personally recommend this pump. But still, everything has a pros & cons. But as long as the pros is highly satisfying, does the cons matter? ;p


Selamat ulang bulan ke-6 untuk Naufal. Sikit kenduri sebagai tanda kesyukuran. Sponsor office mate breakfast harini. Aku sponsor kuih, Ojie sponsor nasi lemak. And bos puji teh O aku comeii. Liyana, kan dah cakap aku pandai buat teh O. Tak caya.

karipap comel oleh mama Naufal :)


Cepat besar ye Adik!

9 comments:

  1. nice review!as a defend,for me swing xsakit.bising tu memang!cepat rosak?tang mana?(mcm la salesgirl leh jawab kat sini kan hehehe)

    tapi ye la avent manual lagi cepat keluar hasilnya.bila kak s** ngadu rasa nk beli pam elektrik,sera kata avent tu ok cuma manual la+payah sikit la klo nk cari spare partnya.

    ngeeee nnt sera bc pasal "stok sekarang kat kedai jer".wondering gak apesal tetibe naufal xminum bm tetibe.

    ReplyDelete
  2. sera,yg sales girl tu komen bukan Swing.cap lain.kat Anakku tu xde Madela pon.Swing mmg xsakit.

    ReplyDelete
  3. hahaaa
    setakat teh o ja..aku leh wat,
    aku dh pandi wat nasi goreng ang tau..lg best dr ang
    hahaaa

    ReplyDelete
  4. lupa lak bg bgtau nama : aku liyana..hahaaa

    ReplyDelete
  5. liyana:
    mmg leh buat.tp belum tentu sedap.hahaha...

    seingat aku tak pernah lagi bg hg makan nasi goreng aku >_<

    ReplyDelete
  6. alamak!!!! baru jer bayar untuk medela swing. Orang kata bagus. sebelum ni memang pakai avent manual. memang sangat ok dan berbaloi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak kot.terpulang pada individu untuk menilai.nnt boleh la share pengalaman sendiri guna swing vs avent.

      Delete
  7. Samalahhhh bru je nak beli medela swinggg adoiiii

    ReplyDelete
  8. Samalahhhh bru je nak beli medela swinggg adoiiii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...