Wednesday, April 27, 2011

Berakhirnya Satu Perjalanan...

Wah, tajuk tak bleh blah. Haha... Ikutkan malasnya la nak update. As usual busy dengan kerja. Reader pon dah nak muntah dengan alasan tu. Macam la orang lain takde kerja. Huhu... Selain tu, kesihatan tak mengizinkan untuk update. Selsema plus dah dua hari asyik rasa memusing je. Check BP, rendah pulak. Adoii... Takkan permintaan Naufal dah termakbul kot? Jeng..jeng..jeng... Nantikan keputusannya!


Sebenarnya tajuk tu merujuk kepada perjalanan breastfeed aku. Mula-mula nampak macam ada harapan je boleh exclusively BF Naufal. Tapi panas tak sampai ke petang. Mungkin ini balasan untuk aku selepas kejadian INI. Tah la... Mungkin jugak bukan rezeki Naufal.


Semuanya bermula masa nak cuti CNY dulu. Minggu tu aku dah start perasan bila pump dapat la dalam 6oz-7oz each session. Selalunya dapat dalam 10oz. Tak boleh jadi ni. Naufal pulak dah stat menyusu banyak. Permintaan dan pengeluaran tak balance. Keluar 4 botol masuknya 2 botol je. Time ni memang dah menggelabah gila!


Jadi sehari sebelum balik kampung utk cuti CNY, order Shaklee Breastfeeding Set dari Kak Laila. Seminggu consume Shaklee ni belum nampak perubahan dari segi kuantiti. Kualiti? Superb! Susu jadi pekat. Memang baby minum cepat kenyang. Satu lagi product yang highly recommended for BF mommy!


Sebab takde perubahan, masuk minggu kedua tanya Kak Laila nak buat macam mana. Dia tanya dah ikut ke peraturan-peraturanya which is minum air at least 3L sehari, pump secara konsisten iaitu setiap 3jam dan bayakkan berdoa. Aku cakap yang no 3 tu je takde masalah. Yang lain bermasalah sikit. Main ngan banyak kerja mana dan nak pump setiap 3jam. Nak minum air yang depan hidung pon tak sempat. Tapi sebab nak try jugak tambahkan susu, aku try jugak minum banyak air. Tapi sesi pumping still tak boleh nak commit. Dapat pump 2 kali je masa kat office.

Yang tak boleh lupa. Masa kat kampung tengok stok susu makin kurang. Kalau nak tau, masa ni Naufal dah refused to direct feed. Rasanya this is the major cause kenapa susu aku kurang. Bayangkan la asyik nak kena pump. Plus sangat leceh ok! Bayangkan macam mana nak sediakan susu waktu malam. Sempat dia melalak dulu sementara nak panaskan susu. Adeh! Sebab tu jugak yang buat aku beberapa kali terfikir nak campur susu.


Penamatnya, sebelum habis cuti CNY aku dah beli susu formula. Sedihnya masa terpaksa masuk dalam The Store Kuale tu semata-mata nak beli susu. Berat kaki nak melangkah. Sampai depan rak susu, lama aku berdiri depan tu. Macam mana ni. Nak beli ke tak? Tapi kena beli jugak sebab EBM ada lagi 2 botol je. Takot tiba-tiba stok habis waktu malam nak sumbat apa kat Naufal? Akhirnya beli jugak la Anmum buat spare.


Back to work, nampak la sikit perubahan. Dari makan alfalfa sebiji 2x sehari, upkan ke 2biji 3x sehari. Naik sikit kuantiti ke 9oz. Tapi sekejap je. Lepas tu makin kurang balik. Sekali pump dapat 4oz. Sehari dapat pump 3 kali je. Masa ni memang dah start campur susu.


Naufal pulak kejap nak minum FM kejap tak mau. Bila nampak dia macam ok je minum FM mula la aku terfikir nak stop pumping. Nah, lagi satu sebab susu kurang. Mind set! Memang betol la ada orang cakap BF is 90% in mind, 10% in breast.


Last stok EBM Naufal 21 Mac, 3oz. Itu pon hasil pumping untuk 2 hari punya. Masa ni aku dah frust sangat. Pump dapat 1oz je. Kurangnya motivasi buat aku malas nak pump. Lepas tu terus decide nak stop pumping. Pump pon buat penat basuh equipment je setakat dapat 1oz. Aku cakap mungkin dah bukan rezeki Naufal. Akak kat ofis cakap takpe, anak first. Pengalaman kurang. Dia dulu pon macam tu jugak.


Ok, takpe. Cuba lagi untuk next baby. Supaya aku tak jadi syaitan lagi, tengah berkira-kira nak beli deep freezer (kalau positif 2 line la! haha). Ayah Naufal, sila approve!

3 comments:

  1. ic..ic..(siap inform da buat entry psl ni tuh,tq!comel sungguh)

    hmm masa naufal refuse direct feeding,jumpa dia weekend je ke?nenek jaga kat kg?mmg lg mencabar la...

    sera masa awal2.ada gak pump sebelum tidur,n bgn pagi2..pehtu malas.then motivasikan diri balik.tp still kdg buat,selalu tak.bile cuti pon kdg pump even dpt 1 oz,kumpul.lately ni even lain hari punye hasil pump pun sera da cmpur sbb nak cukupkan 1 time feeding.tp make sure takkan over the expired date la(1st campuran).sukeati je kan.

    sejak da start period,set mind dpt 40z pun cukup.da xleh aim banyak oz.xmoh pressure diri sgt.sbb bila nak period,selalunya akan drop.

    kat office,selalu minum waktu pump.sbb malas setiap kali haus kena g pantry..kat soc kan dilarang sebenarya.tp admit still xcukup.

    nak lagi memotivasikan diri fikir beli susu will cost us more.so,klo fazrul nak save die kena tlg la layan ilhan,layan selera mkn sera(haha) etc esp kalau sera tgh mengepam kat rumah.hihi kalau fikir kelebihan bm je,xcukup.


    sera ni pun tgh rasa malas2..huhu nak period next week kot.

    oh yeah, congrats in advance!:D

    ReplyDelete
  2. sori yer sera lambat reply.tak dan semedang.hehe...

    naufal dulu opah dia jaga kat sini.tapi kena mengaku salah umi jugak la.dah buat post moterm pasal ni.satu lagi entry pasal ni later2 ok! hehe...

    pasal aim high sagat tu pon ye jugak kot.stress je bila tak sampai target.sbb tu lg susu merudum.umi plak jenis gelabah tak reti contol emosi.lg la teruk.

    to you sera,kuatkan semangat!good luck!bestnya kalau dapat exclusively BF Ilhan. Naufal dah xde rezeki.

    yg congratz in advance tu blom lagi yer!tunggu turn la.kan sera dulu.hehe...

    ReplyDelete
  3. Wah.. perkongsian yang sangat menarik sekali.. Tips Ibu Menyusu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...