Friday, April 1, 2011

Berkatkah Gaji Kita?

Tak faham aku kenapa ada orang yang namanya bekerja makan gaji tapi buat-buat macam bekerja kat company bapak sendiri. Time kerja selalu hilang. Tak pon, jasad ada tapi tak buat kerja. Memanglah kadang-kadang ada masanya kita akan rasa nak release tension, so tinggalkan kejap kerja untuk 'berfoya-foya'. Tapi ada jenis orang ni, langsung tak komited dengan kerja sendiri. Tak taula macam mana dia kira gaji yang dia makan tiap-tiap bulan tu. Patut la ada orang yang walau gaji beribu masih rasa tak cukup nak belanja. Mungkin sebab tak ikhlas dengan kerja. Kalau kerja kita tu ikhlas, insyaAllah akan dapat kerberkatan walau gaji tak banyak mana.


Aku bukan nak cakap aku bagus. Memang kadang-kadang ada jugak masa aku main-main. Tapi takde la main-main sampai satu kerja yang senang pon tak boleh nak settle. Sakitnye la hati bila kena kerja dengan orang yang selalu hilang, kuat mengelat, banyak alasan dan tak hargai punca rezeki sendiri. Haih!


Kadang-kadang time pump susu pon aku terfikir macam mana la susu yang nak bagi anak minum ni? Dah amek masa kerja untuk pumping. Dah la aku kalau mengepam kurang2 20 minit. Nak pump kat partition sangat tak sesuai sebab open. Plus aku bukan guna freestyle yang boleh pump sambil buat kerja. Jadi memang terpaksa curi masa kerja walaupon bos tak kisah. Tapi persoalan tu tetap ada setiap kali nak mengepam. Sekarang lega sikit sebab dah takde pump2. Huhu...


Jadi kawan-kawan, silalah bekerja dengan penuh amanah. Kalau yang dah kawen tu ingat yang duit gaji kita tu nak bagi makan anak bini. Bila rasa diri tu lagi banyak mengulor dari bekerja, ingat-ingat la anak bini. Yang tak kawen lagi tu, mungkin duit tu nak simpan untuk kawen nanti. Tapi kalau kerja tak berkat ada ke duit nak disimpan? Tah la... Dah besar panjang pandai la fikir sendiri.


Sekian, tazkirah Jumaat saya!



tazkirah jummat sebab tengah bengkerk ngan seseorang nih!

2 comments:

  1. no more pumping yeh? dah lama tak jenguk blog,terkejut baca.what happened?

    ReplyDelete
  2. pasal tu later2 i story yer sera!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...