Thursday, April 21, 2011

Dating With New BF!

Sejak ada boyfriend baru, ni la first time keluar dating. Just two of us, ok! Ce teka siapakah BF itu? Ala, semua dah tau kan? Tak yah la cakap siapa. Huhu....


Balik kerja tadi, amek Naufal & terus keluar shopping. Terpaksa pergi without Ayah Naufal sebab diapers dan stok makan Naufal dah habis.

Mula-mula terjah Manjaku Wangsa Maju. Bagi aku kat sinila susu murah sikit. Dan harga dia maintain je berbulan-bulan. Survey tempat lain memang tak dapat harga camtu. Walau murah seringgit dua tetap nampak bezanya.


Next stop: Jusco AU2. Sebab pergi jugak hari ni walaupon tau esok baru start Sale 15% adalah kerana nak kejokan 3x JCard point. Haha...


Masa tengah pilih baju Naufal, ada sales girl tanya,

SG : Nama apa ni?
Aku: Naufal
SG: Kenapa duduk dalam ni, nih?(aku guna ring sling) Berapa umur dia?
Aku: 6 bulan
SG: Laa... ingatkan dah setahun
Aku: A'ah. Ramai cakap dia nampak besar. Tak padan ngan umur. lol

Mesti dia ingat something wrong ngan Naufal. Ye la, dah setahun duduk dalam ring sling lagi. Dari umur 3 bulan lagi ramai dah tego Naufal tak nampak macam 3 bulan. Nak buat macam mana. Ikut baka ibu dia. Renjong! Kuikuikui...


Ini keadaan pakwe aku lepas habis shopping:

tido tak sampai 5minit masuk keta


kesian dia...


Kesian la pulak tengok. Balik rumah dah nak dekat maghrib. Dah lepas waktu tido tu. Tapi satu pasal Naufal ni, kalau pergi jalan, ngantuk macam mana pon dia takkan meragam. Sedar-sedar dah lelap. Beza sangat dengan kat rumah. Kalau ngantuk asyik menangis je kalau tak jumpa sagi. Huhu...


Sorry la dik. Pasni ibu tak bawak jalan dah kalau Ayah takde.

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...