Tuesday, May 24, 2011

Adik Naufal: Bird or Burger?

Tajuk macam suspend je kan? Hehe... Sebab dah lama tak update. Tiba-tiba terfikir nak publish draft 3 bulan lepas, selepas dapat inspirasi dari entry Azza. Huhu...

Sebenarnya aku sangat teringin nak baby lagi! Patut la orang cakap orang pompuan ni walaupon sakit tapi tetap jugak tak serik. Aku ni kira termasuk dalam golongan yang tak serik tu la. Cumanya tak serik aku ni cepat sangat datang. Kalau boleh taun depan dah nak bagi Naufal adik. Hehe...Sebab?


Sebab aku keje kat hospital. Boleh? ;p

Haruslah itu jadi sebab utama. Maunya tak. Setiap kali pergi Hospital Bersalin, tengok baby comei-comei buat aku lagi teringin. Dah la sekarang ni kerap pulak pergi sana sebab nak buat perluasan sistem kat wad-wad bersalin.


Bila masuk wad MH4B lagi la terasa sebab aku admitted kat wad tu dulu. Pergi PAC (tempat orang cemas nak bersalin) pulak terbayang-bayang lagi air ketuban meleleh-leleh. Huhu... Memang nak sangat2 ni pregnant lagi dalam masa terdekat. Sebab tu aku tak amek perancang pon! Sebab takot nak rancang-rancang ialah kerana takot sejarah berulang. Nak dapatkan Naufal pon tunggu 2 tahun sebab konon2 nak enjoy dulu. Sekali amek kau! 2 taun honeymoon. So kali ni, bak kata opismate aku, tabur je. Hahaha....


Lagi satu sebab aku tak serik sangat mungkin sebab tak sakit sangat kot. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku masa nak bersalin. Plus doa my MIL yang kat Mekah masa tu. Dia cakap hari2 doa depan Kaabah sambil nangis-nangis supaya aku senang bersalin. Terima kasih, Mak!


Jadi kembali kepada tajuk utama. Kalau Naufal dapat adik, adakah dia boy or girl? Ramai yang tengok Naufal cakap nanti dapat boy lagi Aloo... Kalau boleh nak girl la pulak. Geram nak beli baju kembang comei2 ;p


Macam mana nak teka jantina our next baby? Kalau orang Kedah cakap, tengok kat puting baby (bukan mak baby ye! kuikuikui...). Kalau puting terbelah akan dapat girl, puting timbul dapat boy. Contoh macam kat bawah ni:



hmm..nampaknya Heri akan dapat adik gegirl


Naufal pulak bakal dapat kawan utk berkonspirasi.masuk geng ayah la nanti!


Setengah orang cakap tengok kat peha sama ada satu garis atau dua garis. Yang ni aku tak reti macam mana nak tengok. Plus tak tau satu garis utk boy atau girl and vice versa. Tak ingat pulak peha Naufal dulu macam mana.


Tapi tu cakap-cakap orang tua je. Tidak ada bukti sains untuk membuktikannya, ok! Jadi aku masih sangat berharap teori tu salah sama sekali. Kalau nak tau teori tu betul atau tak kat aku kena la buat ujikaji sehingga berjaya. Ecece...


Ayah, sila berusaha! Hahaha....


ish,apesal la tiap kali nak buat shot update akan jadi meleret2 tah?lol

3 comments:

  1. tgok puting baby ke? ada yang kate kat saya plak kalo puting yg sulung timbul perempuan kalo puting sepet lelaki... heheh kelakar la

    ReplyDelete
  2. tak leh pakai laa semua petua tgk puting segala tu..kalo jadik betoi pun maybe kebetulan..

    macam kes aku dulu laa..

    balik2 keja trus p tgk kat iris, sekali tgk mcm dpt adik pempuan gak..
    pastu org tgk peha iris pun kata dia dpt adik pempuan gak,
    pastu scan doktor pun cakap pempuan lagik, kecuali mak menakan aku n cleaner indon kat opis ni ja ckp lelaki.. semua org tgk perut aku ckp baby girl jugak.. dlm ati nk baby boy sebab yg 1st dh girl..
    sekalik masa bersalin kat labour room..yang keluarnyer boyyyyyyyyy... sebbaik laki aku masuk sekali menyaksikan kelahiran itu..kalo dak mesti dia kata bukan anak dia.. kakakakaka..
    semuanya kuasa Allah swt..

    caiyook2 ummi.. bagi adik kat naufal.. nak baby girl bykkn mkn sayur dan ayamm.. kata org ja laa kan...

    ReplyDelete
  3. umi mia:
    camtu eh?banyak mazhab pulak.


    linda:
    kes hg mmg spesel.kes2 terpencil.haha..doa2 la utk aku.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...