Thursday, May 26, 2011

Hari Marah Saya!

Semalam merupakan hari marah untuk aku. Eh, semalam je ke? Tak! Lebih tepat lagi minggu ni. Asyik nak marah je. Tapi kemuncaknya ialah semalam. Dari pagi sampai petang, bawak ke rumah memang bad mood dan berapi je.


Hari Selasa marahkan user sebab complain kat bos macam aku tak buat kerja. Bos cakap aku fail (ayat favourite bos bulan ini). Geramnye la. Padahal kalau bagitau aku tak sampai 5minit aku boleh setelkan perkara remeh macam tu. Bertekak jugak aku ngan bos nak mempertahankan diri. Sampai bos cakap aku garang. Haha... Memang minggu ni aku garang!


Hari Rabu marah dari pagi. Mula-mula marahkan laptop yang mouse pad & IEnya problem masa aku mengajar. Dah la mengajar Internet boleh pulak IE problem & technician tak tau pasal tu. Sakitnya hati. Sementara nak cari mouse, termarah akak juruteknik pasal laptop tu. Pastu marah bersambung-sambung dengan ketidakpuasan hati kerja team teknikal. Bila fikir-fikir balik, dah terikut perangai bos aku pulak.


Petang Rabu skali lagi 'termarah' user dalam meeting bila ada yang mengutarakan masalah yang menggambarkan aku tak buat kerja. Padahal berpeluh ketiak aku round tempat user nak configure sistem tu. La-la tu jugak aku tepis sampai dia terkedu. Nak complain dalam meeting tapi tak tanya anak buah dulu.


Lepas meeting kena stay-back sebab vendor nak deploy changes. Kena siapkan hari tu jugak sebab takmau user melompat hari ni. Pukul 8 lebih baru siap semua.


Balik rumah rase nak marah ngan Ayah Naufal pulak. Tapi yang ni marah dalam diam. Takkan nak tengking suami plak kan? Hehe... Maap b! Lain kali kalau Ibu balik lambat biar Naufal tido rumah Mamanya aje.


Harini kurang sikit marah sebab pagi petang tak duduk kat meja. Pagi pergi Technology Update kat INTAN pasal Data Centre Automation. Dengar la pasal cloud computing, virtualization dan bla bla. Dan hari ini dalam sejarah, aku berani bercakap dalam seminar. Kalau tak pergi seminar asyik menjadi penadah telinga jer. Mungkin sebab bila kita dah berani marah orang, kita jadi lebih confidence kot? Dulu aku tak reti sangat nak marah2 ni. Dah terjangkit ngan bos kot. Haha...


Goodies untuk seminar hari ni: lots of planner! (dah xde tampat nak letak planner kat ofis. sape nak bleh mintak.kuikuikui...)


Planner yang kaler brown tu daripada Huawei. Yang kaler pink tu dah jelas la daripada sape. Itu adalah shower radio yer kawan-kawan. Lepas ni akan ada background music bila mandi. Dua item tu adalah hadiah untuk soalan 'bodoh' aku. Haha!


Kesimpulannya, aku bukan jenis yang suka marah-marah. Tu hanya sesi meluahkan perasaan yang kasar sikit jer. Yang dah lama kenal aku mungkin tau yang aku ni jenis cakap lepas. Kalau ada tak puas hati aku akan cakap depan2. Nak tegur pon depan2. Kalau ada ruang dan peluang, bos pon aku 'tegur'. Dulu leader kat tempat kerja lama pon aku pernah sound tempek. Maap yer Kak Su. Mesti Kak Su rindu kat SA kuat melawan ni kan? ;p


Sekali lagi, maaf bebanyak kalau ada yang terasa! lol

5 comments:

  1. tukar lain tempat arrrrhhhh...

    ReplyDelete
  2. wah wah...umi dah garang yup....ok...baguih leh marah2 bos ni...kak nad buat camtu gak bila tak pueh hati kat bos,buatpe nak pendam..lagipun umi dah sah jwtn(har har har)...haaa...berterabur ayat marah..pastu yeahhhh...semagt baru muncul tuk lebih marah2kan orang...well...sapa buat keje tak butei diala kena belasah...berani kerana betui kan umi...betul3...

    ReplyDelete
  3. umi...kak nad nak!!!!

    ReplyDelete
  4. kak nad nak yang pink tu...leh ler umi yee.???sambil gsok2 ketiak leh nari2

    ReplyDelete
  5. apesal b komen guna email syg pulak?aish...

    kak nad:
    tau xpa.kena beranikan diri marah org sbb nak practice jadi bos kan.hahahaha...

    nak planner bleh la.tp bukan yg dalam gambo tu.bg yg len.nnt mai pilih kat sini.

    yg pink tu xleh!umi pon nak gosok sambil menari.ahaks!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...