Wednesday, May 11, 2011

Kisah Mak Saya

Satu entry khas untuk Mak sempena Hari Ibu. Walaupon dah lepas, takpe. For me, everyday is Mother's Day.


Sepanjang aku berblog,tak pernah aku story pasal Mak aku. Kenapa yer? Aku pon tak pasti. Walhal terlalu banyak cerita pasal Mak yang aku boleh story. Cuma ada satu entry masa Mak aku konvo dulu kot. Yang lain tak berapa ingat dan malas nak cari kot-kot ada.


Rasanya ramai lagi yang tak tau yang my mom is a single mother since my younger sister is around 3 month old (if i'm not mistaken). Kalau tak 3 bulan pon, adik aku masih terlalu kecil untuk kenal Abah masa tu. Aku pon tak pernah ingat aku pernah panggil Abah masa kecik. Can you imagine how 'small' I am when my parents got divorced?


Jadinya memang sejak kecik mak sorang yang membesarkan kami tanpa bantuan sesiapa. Betapa tabahnya Mak aku masa tu. Yang aku tau, sejak aku diberikan ingatan untuk ingat zaman kanak-kanak aku, Mak aku dah menjahit dan mengait sebagai alternatif mencari duit lebih besarkan kami adik beradik. Masa tu Mak kerja sebagai Assistant Nurse kat resat Kepala Batas. Aku sempat sekolah darjah 1 kat Kepala Batas dalam berapa bulan je. Lepas tu Mak pindah kerja kat Klinik UUM pulak.


Bila kami dah makin besar, belanja pon bertambah Mak mula buat nasi lemak pulak. Rasanya masa tu aku dah form 1 or 2 kot. Bayangkanla sehari Mak buat dalam 250-300 bungkus nasi lemak. Pukul 3 or 4 pagi dah bangun untuk masak. Pukul 5 kejut salah sorang dari kami 3 beradik (ikut turn) untuk tolong. Masa tu budak sekolah tau apa. Yang aku tau nak tido je. Betapa malasnya nak bangun time paling sedap untuk tarik selimut. Kadang-kadang merungut je bila kena bangun tanpa fikir yang Mak tu lagi penat buat kerja itu ini. Ada harinya bila Mak kejut sorang pon tak mau bangun. Last-last Mak sorang yang buat semua. Kalau jadi macam tu memang Mak tak sempat la nak take a nap before pegi kerja.


Nak hantar nasi lemak kat kantin dalam UUM tu, pukul 6.45 pagi Mak dah gerak dari rumah. Balik kerja sambung menjahit pulak. Kadang-kadang sampai pukul 12 malam baru tido. Pastu pukul 3 or 4 dah bagun balik. Paling kronik masa nak raya la. Betapa banyaknya baju nak kena siapkan. Nak dekat raya kadang-kadang tak tido lansung. Kami adik beradik memang selalu pakai baju raya yang fresh. Mau tak fresh. Pagi raya baru siap baju kami. Pernah terjadi lepas mandi tak boleh pakai baju lagi sebab baju belum siap touch-up. Itu masa kecik-kecik la. Bila dah besaq pandai pulak dok push Mak siapkan baju kami dulu sebab tak mau sejarah berulang.


3 tahun lepas baju makcik depan rumah jadi mangsa. Pagi raya baru pegi hantar baju dia. Padan muka. Mak aku dah cakap takmau jahit nak hantaq jugak! Haha... Habis kami adik beradik kena kerah sampai tak tido sebab nak siapkan baju. Sebab penat buat kerja asyik menyebai,tarik muka ngan Mak. Macam la Mak tu tak penat. Tapi itula raya terakhir Mak menjahit. Lepas tu kami adik beradik pon kena cari tailor lain untuk jahit baju. Bertahun-tahun pakai baju air tangan Mak sendiri tiba-tiba kena tukar tangan, memang sangat tak best! Nak pujuk mak menjahit balik, takde maknanye la.


Bila dikenangkan balik sekarang baru aku faham betapa penatnya Mak aku masa tu. Yang aku ni cuma tau nak minta duit nak beli itu ini. Kejap nak basikal, kejap nak komputer dah masuk universiti nak laptop pulak. Rasanya kalau aku masih student sekarang ni mesti aku mintak broadband, blackberry segala. Tiap-tiap bulan bila duit loan yang selalunya dapat bertahan 3 bulan je dah takde, asyik call pulak minta duit. Main order je tanpa terfikir macam mana Mak berkeja bagai nak mati cari duit nak sara kami belajar. Tapi nasib baik aku bukan seorang yang boros sangat masa kat U (boros sikit ada la bila time dapat loan.haha...)


Penat kan jadi Mak aku? Aku ni baru anak sorang, buat satu kerja jer pon dah banyak merungut. Tak mampu kot aku nak jadi sekuat dan setabah Mak. Tapi satu pesan Mak yang aku pegang, jangan bergantung harap pada lelaki 100%. Tak tahu bila kita akan ditinggalkan. Mungkin Mak dah bersedia or berusaha menjadi sekuat sekarang. Tapi dalam hati Mak tak siapa tau kan?

Jadi kepada isteri-isteri di luar sana, sila bersedia. Walaupon suami kita tu nampak baik sekarang, kita memang tak boleh ramal masa depan kan? Jadi harus sentiasa bersedia. Cewahh.. Cakap boleh la. Aku skarang ni kalau Ayah Naufal takde, pergi pasar pon tak reti nk beli barang. Huhu...


Pada adik-adik yang masih student tu, jangan la asyik dok mintak itu ini kalau tau parents kita tu tak senang mana. Zaman sekarang ni budak-budak asyik nak kejar teknologi tanpa fikir kemampuan keluarga. Kawan ada blackberry dia tak mau kalah kalau mak dia nak beli Chua Soi Lek (CSL) punya blueberry je. Kwan ada broadband kat kolej dia pon nak jugak. Kalau tak cane nak update blog kan? Ha adik-adik, ni akak dah bagi gambaran masa depan ni. Ce renung-renungkan sikit. Kang jangan menyesal cam akak pulak. Ececeh...


Sekarang, nak balas jasa Mak aku mampu bagi duit je bulan-bulan. Tu pon tak banyak mana. Tak tau nak bagi apa lagi. Kasih sayang je la kot yang ada. Maaf yer Mak sebab tak pernah faham Mak. Maaf sebab tak pernah cuba faham Mak dulu. Maaf sebab tak mampu bagi macam apa yang Mak bagi kat cek. Apa pon cek nak Mak tau yang cek sayang Mak!



*Taip entry sambil menitik air mata.Bila tulis baru sedar betapa kita kadang-kadang kurang peka tentang wira dalam hidup kita.

2 comments:

  1. nnt Naufal pulak perap mama dia mcm2..kakakaka..

    wei, betoila pempuan kena berdikari..takleh harap ke laki sgt. tp kes aku ni.. aku ni drive kereta pun tak brani. buatnya laki aku buat perangai nnt..teriak tak berlagu la jwbnyaa... nauzubillah..

    ReplyDelete
  2. naufal perap Ayah dia la.aku xmo layan.haha...

    haa..tu la dia.pompuan at least kena tau drive.kalo laki buat perangai bleh bwk lari keta ngn anak dulu.kalo xreti drive sementara hg tunggu teksi dan dia bwk lari anak.huhu...nauzubillah,mintak dijauhkan la yer!

    lawak2 ja ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...