Monday, June 13, 2011

Post Mortem: Segmen BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

Segmen dah berabad lepas, baru nak buat post-mortem. Walaupon hanya ada 8 orang je pon yang tolong kritik, takpe. Aku terima dengan rasa rendah diri. Ada jugak orang nak singgah blog aku yang lansung tak femes ni.


Antara kritikan membina yang diterima:

1. Buang word verification- Mula-mula taknak buang sebab konon takmo ada spam. Lepas dipertimbangkan dan menyedari yang blog aku ni hanya menjadi tatapan teman-teman rapat (dalam kata lain, takdenye orang nak tabur spam kat blog tak femes), jadi aku buang la word verification tu. Aku sendiri menyampah nak isi menatang tu setiap kali nak komen. Tah hape-hape! Thax to Shehan Ismail, solomolo dan !syifa lovera atas cadangan membina tersebut ;p


2. Buat scroll menu untuk list blog - Sebenarnya dah lama nak buat tapi tak tau caranya. Tapi bila blog-walking masa segmen ni terjumpa entri cik adik sorang ni pasal nak buat scroll list tu. Nak tau cara kena godek blog dia. Aku try cari older post cik adik tu tapi tak jumpa kat mana archive entry. Kiranya berguna jugak segmen Abg Ben ni. Aku dah implement pon kat blog aku. Thnx pada Cik Alya Esprézzo yang bagi cadangan :)


3. Yang lain-lain just komen blog aku kemas dan cantik. Cantik ke? Huhu...
Aku tak rasa blog aku cantik pon. Kalau nak cantik kena rajin touch-up, ubah template, buat header sendiri. Blog aku ni copy orang punya template je. Walaupon aku budak IT tapi kemahiran nak ngedit coding tu sangat la lemah. Tambah pulak dengan penyakit kronik takde ubat which is PEMALAS NAK MAMPOS, takde la cantik blog aku ni. Kemas mungkin sebab aku malas nak letak widget yang tah hape-hape (padahal malas nak edit). Lagipon I ni kan dah jadi mak budak. Widget-widget tu untuk blogger kanak-kanak muda belia boleh la.


Rasanya tu je kot kritikan yang diterima. Mungkin sebab yang singgah kat blog aku ni tak tau nak kritik apa. Blog budak baik la katekan. Yekss... Kalau aku nak komen satu je, ce kerap sikit update blog tu. Kalau malas update takyah buat blog la kak. Tulis diari simpan bawah bantal sudah. Haha...

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...