Sunday, June 12, 2011

Rashes Treatment

Petang Jumaat, terperasan merah-merah kat montot Naufal bila dia start cirit. Mula-mula ingatkan merah-merah biasa macam rashes yang tak teruk sangat. Tapi aku start noticed yang itu bukan rashes biasa bila lepas poo poo je dia meraung-raung. Masa nak lap guna wet wipes (dah basuh guna air) rasa kesat je. Tak boleh nak lap dengan lancar.


Baru perasan yang merah tu macam melecet. Bila pegang rasa panas dan kesat. Sebelum ni kalau ada rashes pon takde la dia nangis2.


Malam tu around 1am dia melalak lagi. Ingatkan nak susu. Tapi bila bagi takmau pulak. Then baru terfikir nak check lampin. Cirit lagi rupanya. Patut nangis macam sakit sangat. Selalunya kalau Naufal berak malam2 aku lap guna wet wipes je. Tapi kali ni tak leh guna wipes tu sebab tak leh nak lap. Baru letak sikit dia dah meraung-raung. Then bawak pergi bilik air. Masa basuh tu kesiannya la. Sampai terketaq-ketaq menahan pedih. Nak kata air sejuk, tak sejuk pon. Mesti sakit sangat la tu.


Petang tu letak Drapolene masa nak pakaikan diaper. Tapi tengok macam takde perubahan je. Kali ni try letak bedak pulak. Sebab baca label bedak tu ada corn starch. Mungkin boleh ok. Tapi same je. Takde perubahan.

Malam tu je 2 kali Naufal cirit. Kesian tengok setiap kali cirit dia nangis. Dah tak tau nak letak apa kat montot dia tu. Try google ramai cakap letak Drapolene or minyak.


Pagi Sabtu, dalam pukul 9 lebih dia nangis lagi. Kali ni terus check pampers. Cirit jugak! Lepas mandikan dia try letak Dermoplex Calamine Cream pulak. Krim tu mintak kat Farmasi HKL masa kulit Naufal naik bintat merah. Then bagi air teh pekat untuk stopkan cirit dia.


Pukul 11.30 pak long Naufal datang amek pergi kenduri kat PULAPOL. Nasib baik dia tak cirit masa tengah makan. Sementara tunggu ayah datang amek pukul 3, lepak-lepak rumah biras aku kat situ. Pukul 1.30 dia poo poo lagi. Lepas basuh baru perasan yang merah-merah tu dah kurang banyak. Baru pakai sekali dah nampak bezanya. Naufal pon takde nangis dah lepas poo poo.

Pagi ni tengok dah tinggal sikit-sikt je merah-merah tu. Rasa panas & kesat pon dah takde. Nasib baik krim ni berkesan. Takde la lama sangat penderitaan Naufal. hukhuk...


Kepada mak-mak yang anaknye mengalami masalah rashes or melecet boleh try Dermoplex ni kalau Drapolene tak berkesan.

2 comments:

  1. dermoplex ni mmg bagus..damia pun pakai..bile kena gigit nyamuk ke merah2 kt badan ke terus sapukan cream ni mmg brkesan.. tapi kalo merah kat bwh tu akibat cirit damia sesuai dgn drapolene :)

    ReplyDelete
  2. mula-mula ingatkan krim tu untuk bintat2 je.time emergency baru perasan ada tulis soothes & relieves nappy rashes & prickly heat.huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...