Sunday, July 31, 2011

Cepatnya Masa Berlalu...

Cepatnya masa berlalu skarang. Dalam seminggu rasa tak sempat nak buat kerja, dah sampai hari jumaat. Esok pulak dah nak puasa. Rasa macam baru je lagi puasa tahun lepas. Huhu...

Tahun ni pengalaman baru lagi sambut puasa. 3 tahun kahwin lain2 pengalaman puasa. Tahun pertama puasa sebagai isteri yang bekerja shift. Kalau kerja pagi masa sahur incik hubby yang bangun dulu then baru kejut aku. Kononnya nak tdo lama sikit la sebab nak pegi kerja awal.

Kali ke-2 puasa memang menjadi isteri mitali la. Sebab semua kena buat sendiri. Incik hubby jadi co-pilot jer. Masa sahur pon jangan harap la dia nak bangun dulu. Sayang bini awal2 kawen jer. Haha...

Puasa kali ke 3 aku mengandung. Incik hubby banyak jugak tolong. Sebab sangat jarang masak. Boleh dikatakan hari2 masak kat pasar ramadhan. Bestnya dok KL merata ada pasar. Pasar favourite ialah Pasar ramadhan Setiawangsa, Pasar Keramat n Melawati. Lagi satu tempat masak favourite ialah cafe kat spital. Pukul 3 berduyun2 pegi tapaw. Haha...


Tahun ni pulak masuk kali ke 4 puasa sebagai isteri n mok budak. Tak tau lagi macam mana. Harap2 Naufal tak gaduh nak bangun sahur sama. Buka puasa kalau ayah dia takde sah-sah la kena tapaw. Naufal asyik nak berkepit je, tak leh nak bergerak lansung. Menade sungguh itu budak!


Apa pon memang tak sabar nak puasa n sambut raya dengan Naufal! Selamat berpuasa untuk semua jugak!!

Bai.

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...