Wednesday, July 13, 2011

Spaghetti Untuk Naufal

Semalam ibu Naufal masakkan spaghetti untuk kite. First time makan benda nih. Sebelum ni Ibu asyik bagi menu sama jer. Hari-hari nasi. Boring sungguh! Sebab tu kadang-kadang kite merajuk tak nak makan.


Sebenarnya dari minggu lepas lagi kite nampak ibu bawak balik benda ni. Ibu cakap kat Ayah Aunty Ojie yang bagi nak try kasi kite makan. Dari minggu lepas jugak la kite tunggu Ibu masak. Tapi hampeh. Nasi jugak yang Ibu bekal. Malam-malam pulak Ibu bagi makan biskut je. Ape la Ibu ni. Patut la kite kurus je.


Nak tau macam mana Ibu masak spaghetti ni? Ni kite bagitau yang kite nampak aje ye.


Mula-mula kite nampak ibu rebus spaghetti. Lepas 5 minit Ibu masukkan sayur dan sikit kiub ayam sebab kalau rasa plain je kite mogok taknak makan. Mengada-ada kan kite? Hehe... Sebenarnya ibu nak letak cheese tapi pergi kedai kat rumah tu takde jual cheese pulak. Kedai cikai2 cenggitu la. Tapi macam tu pon kite makan habis jugak semangkuk! Sedappp...

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...