Friday, July 29, 2011

Tips Banyakkan Susu

Baru dapat call dari Ibu Qeisya yang tengah panic sebab susu dah start kurang. Memang sebijik macam aku. Bila notice susu drop, mula la panic. Sebenarnya panic tu la yang buat susu lagi kurang. So, sila tenangkan diri anda yer Ibu Qeisya!

Meh Ibu Naufal yang dah takde susu ni nak share sikit.


Apa yang aku buat bila notice susu kurang ialah:

1. Minum banyak air masak. Sekurang-kurangnya 5L sehari. Masa susu banyak, walaupon minum banyak air masak takde rasa nak kencing pon. Bila susu start kurang, minum banyak air, kencing pon kerap. Sepatutnya kalau air tu jadi susu, takde la kencing kerap kot?
2. Minum air rebusan halba (fenugreek). Rasa memang pahit sikit and of coz la tak sedap. Jangan ko letak gula sebab nak menyedapkan tekak ko pulak.
3. Panggil bidan untuk urut breast dan masa mandi pon sambil-sambil urut.
4. Beli Shaklee Breastfeeding Set & consume alfalfa 2 tablet 3x sehari. Yang ni paling best. Susu pekat dan banyak.
5. Pump setiap 2 jam. Yang ni kadang-kadang je boleh buat sebab tak dan.
6. Makan banyak taugeh. Orang cakap taugeh boleh banyakkan susu. So, try aje.
7. Jangan makan kubis. Orang cakap kubis boleh keringkan susu.


Rasanya tu je kot yang aku buat. Yang aku tak boleh buat ialah bertenang, bersabar dan memotivasikan diri. Sebab tu aku tak layak nak BF Naufal exclusively. Padan muka aku!


Jadi pesan aku kepada mommy-mommy yang nak BF exclusively tu, sila buat apa yang aku tak buat tu sebab yang tu lagi penting daripada 7 benda yang aku buat tu. BF is about mind set. Jadi setkan mind tu betol-betol.

Kalau ada yang rajin nak baca, boleh tengok SINI jugak. Daa...


p/s: Selamat berpuasa buat semua!

2 comments:

  1. ye baiklah ibu naufal.... aku akan cube buat2 bertenang... hihihi... aritu ko ade kate oat pn bykkn susu ke?

    ReplyDelete
  2. a'ah.oat or bijirin.aku dulu makan biskut iko.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...