Monday, August 8, 2011

Asam Pedas Ikan Pari

Hari Sabtu lepas masak Asam Pedas Ikan Pari. Baru ada chance memasak. Hari kerja, tapaw aje sebab takot Naufal buat hal. Tak pasal-pasal takde lauk nak berbuka.


Setelah mengoogle dan meng'combine' beberapa resipi, baru dapat buat asam pedas yang 'kaw'. Yang penting mendapat pujian dari incik suami. Sebelum ni setakat rasa asam & pedas je. Huhu....



dalam gambar tak nampak sedap pon sebab sedap kena rasa dengan lidah.bukan dengan mata!

Bahan-bahan:

- 5 biji halba
- 1 cawan air asam jawa
- 1 keping asam keping
- 3 sudu besar cili kering (yang dah blend.kalau yang takde stok cili blender, awok tak reti la pulak nak agak berapa tangkai cili.nak senang buat je stok supaya senang nak masak kemudian hari)
- 6 biji bawang merah*
- 4 biji bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 hiris lengkuas*
- sedikit belacan* (dalam 2cm kot. kalau resdung tak yah letak pon takpe ;p)
- bunga kantan (ikut suka nak letak berapa kuntum)
- daun kesum (ni pon ikut suka kome la nak humban berapa baldi pon)
- lada hitam (tumbuk dalam 20 biji jer.kalau ada belen2 black paper yang 'tercekau' lebih masa beli McD pon boleh jer guna. huhu...)
- garam dan gula secukup rasa (yang ni tak reti nak agak. kome ada lidah rasa sendiri.takkan tu pon nak kena ajaq. ish..ish..)
minyak untuk menumis

*humban semua dalam blender, putar kasi halus


Caranya:

1. Masukkan minyak dalam periuk/kuali/belanga
2. Bila minyak dah panas, masukkan halba. Biarkan sekejap sampai naik bau. Dapat tips ni kat myresipi. Katanya nak bagi wangi. Tapi hidung aku takde hidu bau wangi pon (resdung kot.haha..)
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di 'blend' termasuk cili. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa.
4. Masukkan ikan dan asam keping. Selepas 3 minit, tambah air mengikut hati masing-masing.
5. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan lada hitam.
6. Akhir sekali masukkan garam & gula secukup rasa.


Tu dia. First time aku mengajar orang masak. Fail! Kalau yang baru 1st time nak masak, memang tak leh guna resipi aku ni. Not recommended ok! Memang aku tak dilahirkan untuk menjadi cikgu la. Kalau aku jadi cikgu, mesti anak murid pening. Cikgu kelolo. Haha...


Aku pon kalau men'google' resipi takde la ikut sebijik-sebijik. Just nak tau bahan-bahan je. Sukatan ikut selera tekak!

So, sesape yang berani menyahut cabaran boleh try resipi aku ni.

3 comments:

  1. ok...nak try la...

    tp....mmg hobi di bulan puasa...pg2 cr resepi ptg2, melepek kepenatan...huuuu

    ReplyDelete
  2. harzharun:
    wah,ada orang berani menyahut cabaran.sila try!hehe...

    betol2.lepas berbuka lg terjelepuk.penat+kenyang.boleh tertido dibuatnya.yg x pegnen ni pon penat,awak yg pegnen bertambah2 penat la kan?

    ReplyDelete
  3. perghhhhhh..mesti peda hot and spicy...sedapnyer ummiii..aku pun beli ja tetiap hari, tak snaggup nka memask bila asiff dok peluk kaki aku..huwaaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...