Wednesday, November 16, 2011

Susu Dutch Lady BERULAT!

Ce tengok tittle entry ni. Sengaja aku stressed perkataan berulat tu. Sakit hati sangat ngan susu pompuan belanda ni tau!

Malam ni baru bukak pack susu baru untuk letak kat skolah Naufal. Yang geramnya boleh pulak ada lagi ulat dalam susu tu. Kenapa aku cakap ada lagi? Sebab susu tu merupakan susu yang aku baru pi tukaq kat Manjaku Sabtu lepas.

Kisahnya, 2 weeks before ada beli susu kat Manjaku. Aku beli yang dalam kotak. Pack of 650g x 2. Kononnya nak buat belian bijak la sebab yang tu murah sikit. Balik rumah memang dah perasan yang kat dalam kotak tu ada sisa tumpahan susu sikit. Tapi takde la nak check dengan detail sebab ingat tu mungkin sisa masa packing ke.


Then bila buat susu Naufal, jumpa seangga macam bubuk or somthing like kutu yang selalu jumpa dalam tepung or beras tu. First time ok lagi. Just buang je serangga tu.


Tapi bila dah masuk dua tiga empat kali asyik jumpa je, baru rase nak check kotak susu balik. Memang dekat bawah pack yang belum buka tu ada small hole. Then kat luar kotak tu pon ada lagi dua ekor ulat yang belum jadi serangga dan sarung ulat. Dan dalam susu yang dah buka tu bila aku korek2 banyaknye la jumpa sarung ulat.


Malam tu jugak terus call Manjaku. Mula-mula dia cakap bawak resit kalo nak tukar. Tapi bila aku cakap saya tak simpan resit sebab tak expect la dalam susu boleh ada ulat. Dengar je ulat terus dia cakap datang je la tukar.


Ok la tu dapat susu baru. Buka first pack Sabtu haritu tak jumpe apa2. Malam ni buka pack baru jumpa pulak.


Aku tak kesah sanagt pasal boleh tukar ke tak boleh tukar. Yang geramnya makanan tu beb! Boleh pulak ada benda2 yang tak sepatutnya tu. Tah macam mana kebersihan kat kilang dan bahan yang diorang guna.


Kalau ada mak2 yang terbaca entry ni nak jugak tanya. Is it normal to found such thing in FM?


Hajat di hati esok memang nak call company pompuan belanda tu. Dah lama jugak aku tak call customer service buat ayat kerek nih. Esok boleh test balik sama ada kekerekkan aku masih ada atau tak. Siap ko pompuan! Kalau jadi apa2 kat anak aku. i'll see u in court la.


Cerita tanpa gambar sebab nak amek gambar ulat yang sangat kecik tu camera phone 3310 aku tak de function zoom. Haha...

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. anak sy pun minum dutch lady 123 tu tp setakat hari ni lom ada la jumpa anasir2 mcm tu..ermm risau plak

    ReplyDelete
  2. ummi mia:
    xtau salah kilang or salah kedai.call CS dia ckp mungkin benda tu jadi masa dalam simpanan kedai.tah la.

    linda:
    lambat lagi nak expired.bln12 taun depan.

    ReplyDelete
  3. salam...saya pun pernah 2 kali kena cam tu...masa first tu,ank dah hbis minum 1 btol bru perasan benda cam ulat tu...yg kali ke 2 plak,punya la bnyk bubuk,bau susu pun hapak...tp plastik susu tu,x de plak koyak ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg pelik tu.bila call dutch lady diorang mcm nak salahkan kedai.padahal plastik xde koyak means masa manufactured lg la dah tak elok.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...