Friday, November 25, 2011

Sikit Tentang Milestone Naufal

Sejak 2 hari lepas Naufal dah pandai pegang sudu sendiri. Bila time makan sibuk nak pegang suap sendiri. Kalau tak bagi, merajuk taknak makan.

Naufal ni kira lambat sikit perkembangan dia. Meniarap lambat, menyulur kejap je pastu baru merangkak. Tu pon lambat. Dah setahun sebulan baru jalan sikit2. Ikut mood dia.


Sebelum umo setahun yang dia pandai bila kita cakap sayang ibu tak or sayang ibu sikit nanti dia datang cium. Pastu dah pandai angkat tangan kalau tanya, sape nama muhammad haziq naufal angkat tangan. Kalau orang marah, ammmboiii...., dia pon akan ammmoii.


Bagi aku walaupon lambat sikit pon takpe asalkan dia sihat. Ada orang cakap budak kalau kecik2 dia lambat, besar nanti cerdik. Tak tau la betul ke tak teori tu. Chinese kalau jumpa Naufal mesti cakap, waa, anak u aa manyak ong la. Banyak orang cakap, cerdik ni budak ni kalau tengok mata Naufal. Kalau betul alhamdulillah. Mak mana taknak anak dia pandai kan?

Just pray for him.
posted from Bloggeroid

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...