Thursday, December 22, 2011

Dah Sain SBPA!

Semalam pergi melawat office untuk settlekan SKT dan kerja-kerja yang tertangguh. Sambil tu hantar rambutan untuk office mate. 

Dah alang-alang pergi office, terus pegi lobi untuk sain opsyen. Tanya kawan-kawan kat office semua tak sain lagi. Belasah je la. Tak payah tunggu orang. Kang kena datang lagi pulak. Jadinya aku pilih opsyen terima SBPA dan 60 tahun. Waa... Koje sampai takde gigi, mata rabun dan jalan terketaq-ketaq la kot. Haha...

Yang tak bestnya bila terima opsyen ni anjakan gaji akak dah tukar dari Januari pegi ke Julai. Hok aloh. Rugi 6 bulan. Yang masuk bulan 10 tahun 2009 untung le 3 bulan. Takpe la. Bukan rezeki kat situ. Alhamdulillah, gaji naik banyak jugak compared dengan orang yang masuk 2008. Sebab dalam SBPA yang masuk 2008-2010 dok kat tangga gaji yang sama. Paling untung yang masuk tahun 2010 la. Manyak woo naik.


Banyak yang cakap sain je 60. Kalau tak larat keje, boleh mintak pencen awal. Cumanya duit pencen bulan-bulan tu, umur 60 baru dapat la. Masa berhenti just dapat Golden Handshake and graduiti. Macam aku kalo dah tak larat sangat keje, umur 48 dah boleh mintak berhenti sebab dah cukup servis 25 tahun. Untung masuk gomen awal. Huhu...

Kepada kawan-kawan yang belum or dah sain, apa opsyen yang dipilih? Updated: Baru dpt email dari JPA.Kalau amek opsyen 60 tapi nak bersara pilihan umo 56 ke, kita akan dapat semua duit masa pencen tu. Maksudnya dapat duit ganjaran, GCR n pencen terus. Tak payah tunggu umo 60. So tak rugi pon amek 60. Malah ada yg ckp even pencen 56 servis akan dikira sampai umo 60.Yg tu tak dapat disahkan kebenarannya.Sape nak tau just email JPA. Tak payah dengaq cakap orang.

2 comments:

  1. selamat dah sbpa aku pun..cepat lah dapat gaji baru..aku nak membeli viva....

    ReplyDelete
  2. laki aku kata,tu la org gomen.gaji naik tulaq keta,beli itu ini.pastu gaji tak cukup dok harap bonus ja..mengata bini dia sama tu.haha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...