Monday, January 30, 2012

Budaya Minum Pagi Penjawat Awam

**Sesi luahan perasaan**

Bengang pulak bila memikirkan attitude kerja penjawat awam ni. Terpaksa akui keburukan dalam organisasi sendiri. Perkara macam ni dari kecik lagi aku tengok bila selalu ikut mak pegi tempat kerja. Tapi walaupon dah lama perkara ni dah jadi macam barah dalam organisasi. Merebak bukan kepada satu orang. Tapi orang-orang baru pon terikut perangai sama. Macam mana orang awam tak marah kat kita? 

Hari ni aku call nak dapatkan info kat satu unit ni. Pukul 9.45 takde kat tempat. Ada orang pick-up call cakap En. R tengah minum. So, tekpe la. Aku pk dah nk pukul 10, minum pagi kot. Then call lagi dapat la cakap. Pukul 10.45 aku call nak bgtau dah fax, ada orang pick-up fon cakap En R tengah minum. Memang kena setempek ngan aku, "laa..minum lagi?brape kali nak minum?" Sampai orang yang pick-up tu rasa bersalah. 
Aku pon tak tau la tah dari mana ada budaya minum pagi ni. Nak minum 10 kali sari pon, minum la kat tempat. Bukannya cawan tu tak boleh bergerak. 

Bab tang gaji nak lebih aje. Tapi buat kerja sambil lewa. Kalau tak dapat bonus, gaji tak naik bukan main salahkan kerajaan tak adil. Memburukkan kerajaan. Terpaksa akui dalam kerajaan sendiri pon banyak pembangkang. Yang asyik memburukkan kerajaan tu, terutama penjawat awam cuba tanya apa yang kita dah sumbang kepada kerajaan?

bisik kecil: Memang susah nak ajar orang supaya bersyukur.

4 comments:

  1. kat mana2 pon sama ummi...kat kami punye opis ni pon sma.. kdg2 hangin gak.. tu yg kdg2 terkeluar ayat2 lazer 'membunuh' taik telinga tu... mende nak cpat pon kdg leh jadi lmbat... sebab sebilangan kecik cenggini, yg tak buat hal lak yg terpaksa mnanggung kmarahan orang...tak pasl2 je..

    ReplyDelete
  2. syu:betol..betol..betol..huhu...

    ReplyDelete
  3. ummi, kalau kat HQ ni, masing2 takut skit sebab kena tangkap kalo makan sebelum waktunya kat cafe.. tapi ada juga jenis2 ketegaq tuuu.

    ReplyDelete
  4. tu la pasai.siap tempek kat meja lagi waktu makan pukul brapa.ekeke...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...