Friday, February 10, 2012

Divorce

Semalam my husband cerita one of his girl friend ajak teman pergi mahkamah untuk failkan penceraian. Aku tanya memang dah tak boleh nak diselamatkan ke? Serius ke nak cerai? Ingat main-main je.


Pendapat aku, rumah tangga mana yang tak dilanda masalah. As for me kalau kita layan orang sama macam mana kita nak orang tu layan kita mungkin masalah-masalah besar tu takkan timbul. Jangan la asyik isteri je nak kena faham suami, kena tolak ansur, beralah. Tau la suami tu ketua, isteri kena hormat suami. Tapi suami kena la faham isteri jugak. Jangan asyik nak marah kalau ada benda tak kena. Kita pon tak suka kan kalau orang marah kita. Cuba cakap elok-elok, kalau tak jalan jugak baru bagi sedas.Cuba bagi tau sapa suka kena marah dalam dunia ni? Aku nak p marah dia. Haha…

Kalau macam aku, kadang-kadang memang ada je rasa nak membebel kat si suami. Tapi sebelum cakap tu, muhasabah diri dulu. Aku ni macam mana. Aku pon tak sempurna mana as a wife. (Kuat melawan kan ayah kan?) Banyak yang kurang. Renung balik apa yang dah suami buat untuk tolong aku dalam kerja-kerja rumah, kebaikan suami pada kita, tak le jadi membebel or complain.

Bila kurang complain, kurang la bergaduh nak menunding jari cari siapa salah. Kalau asyik cari salah, cari keburukan pasangan, memang setan pon cucuk jarum la. Jadinya kebaikan pasangan dah tak nampak, keburukan terpampang depan mata. Pastu mula la fikir nak cerai. Hari-hari cakap cerai, kan jadi doa tu. So, suami pon jangan la asyik dok cari salah isteri je. Sebelum complain itu ini pasal isteri kita tu, cermin balik diri kita macam mana. Rajin-rajin le muhasabah diri.

Selain tu cuba terima pasangan kita seadanya. Contohnya macam aku ni, loklaq n pekak sikit (ke banyak?). Kalau ayah Naufal cakap memang tak sah kalau tak jawab dengan “HAH?” dulu. Kalau suami tak tahan macam mana? Bagi aku tak buleh la tak tahan sebab tu isteri ko. Kena la sabar dan terima seadanya. Kot kurang sabar setiap kali nak cakap g jerit kat telinga biar cair taik telinga. Suami pon ada kurangnya. Kalau nak sedar diri jangan asyik fikir kelebihan kita. Renung-renungkan jugak kekurangan yang ada pada diri sendiri. Jadi kita akan lebih menghargai pasangan kita.

Lagi satu, paling penting berbincang. Jangan lari dari masalah. Kalau aku ada tak suka apa-apa aku cakap direct je. Bawak berbincang. Jangan simpan lama-lama. Kang jadi barah peringkat 4 nak kimo pon takleh dah.

Jadi kesimpulannya, Dr Ummi nak rumuskan bahawa untuk kebahagiaan, keharmonian rumah tangga kita perlu:
1.    Layan pasangan kita sebagaimana kita hendak pasangan kita melayan kita
2.    Selalu muhasabah diri
3.    Jangan suka cari salah/keburukan pasangan
4.    Terima pasangan kita seadanya
5.    Selesaikan masalah di meja rundingan atau meja makan (or atas katil.ngeh..ngeh..ngeh…)

Renung-renungkan dan selamat mengharungi badai rumah tangga naa ;p

2 comments:

  1. ummi..tajuk entry hang buat aku sesak napas sat...hahaha..seb baik kawan laki hang.. kalau hang, ada la dengaq ceramah free aku bagi sebulan tak abis2..hahahahaa..
    tapi tips2 hang bagi tu memang semua masuk akal lah.. sama2 lah kita menjaga keharmonian umah tangga kita

    ReplyDelete
  2. tips2 yg boleh difikirkan oleh orang yg berfikiran waras n rasional.kalo tak waras bg la tips apa pon.dr fazilah kamsah pon xleh tolong.huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...