Wednesday, March 21, 2012

Naufal Warded Lagi!

Lamanya tak update blog ye? Sangat bz dengan kehidupan. Tiba-tiba terasa macam banyak sangat benda yang aku nak achieve dalam hidup ni. Banyak sangat benda nak belajar, nak baca, nak kaji. Tapi masa 24 jam macam tak cukup nak kejar semua - kenyataan yang tak adil kan? Kenapa ada orang boleh berjaya dengan buat macam-macam benda padhal masa yang mereka ada adalah sama? Hurmmm.... Nampaknya kena memperbaiki diri dan memanfaatkan setiap saat yang ada.

Eh, tetiba melalut plak.

Sebenarnya nak story pasal Naufal. Khamis lepas warded lagi untuk kali kedua, tahun kedua. Diagnosed URTI with ezema. Tak pasal-pasal je. Tahun lepas warded bulan 4, tahun ni awal sikit pulak. Adoii, memang ikut ibunya yang kuat sakit masa kecik. Harap2 dah besar kebal macam ibu ye? Cecece...

Mula-mula batuk 3 minggu. Hari Khamis minggu sebelumnya pegi HKL doc marah "dah tu batuk 3 minggu awak buat apa?". Amek ko. Caring sungguh doc-doc HKL ni. Then Khamis lepas start demam pulak. Suhu sampai 39.7. Bawak pegi HKL lagi. Masuk ubat montot & mandi jer. Tak kena tahan sebab dia aktif & makan lalu yang sangat kuat. Haha....

Petang tu baru nampak dia lembik semacam je. Bagi ubat je muntah. Suhu pulak turun naik. Terus Ayahnye ajak pegi Tawakkal. Dah pegi swasta sah-sah la kena tahan.

kat kecemasan tunggu (berzaman) doc utk di-drip

Check in Violet Paediatric Ward. Dapat pulak bilik depan playground. 


 puting digongong ke mana-mana

4 malam stay total bil 2 hibu 4 hatoih. Nasib baik insurance cover 2 hibu. Kalo tak jenuh ibu nak cekau doit. Skang tunggu dapat balik modal. Hahaha (mata duitan!)...

Semoga sihat-sihat selalu yer Naufal!

 Next entry nak cerita pro n cons kat Twakkal ni (more to cons actually) ;p

2 comments:

  1. tq aunty linda.
    dah keluaq wad asyik berak pulak si kecek ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...