Thursday, March 22, 2012

Pengalaman Di Tawakkal

Sekadar menceritakan pengalaman dari pemerhatian aku yang batak sebab first time masuk spital swasta. Mungkin lain orang lain pendapat. Macam lain padang lain belalang. Huhu...

Kesimpulannya (saje letak kesimpulan awal-awal untuk memberikan kesan yang dramatik) nak je aku tanda TIDAK kat soalan "Adakah anda akan mengesyorkan hospital ini kepada rakan anda?" Tapi tak sampai hati. Jadi aku meluahkan perasaan perasan kat blog aku je la. Untuk soalan "Adakah anda akan mendapatkan rawatan di hospital ini lagi?" aku jawab TAK PASTI. Haha... Same je tak sampai hati. Tapi Ayah Naufal cakap ok jer. Mungkin ini pandangan aku yang cerewet or berat sebelah.

Sebab kepada kesimpulan aku tu ialah:

1. Bila kita pegi hospital swasta, mesti taggapan kita akan dilayan lebih cepat dari pergi hospital kerajaan. Tapi kat sini bagi aku semuanya selowwwwww. Nak register masuk wad slow, nak tunggu doc datang drip dekat sejam, bila mintak apa-apa pon dapat lambat. Banyangkan doc datang round around 10.30 n dah bgtau nanti diorang bagi sabun n ubat. Lepas Naufal mandi pagi pon tak dapat-dapat lagi sabun n ubatnye. Mintak bukakkan drip pon lambat. Yang paling bengang masa nak discaj. Lepas doc round n cakap dah boleh balik, pukul 4.15 baru aku boleh settlekan bil. Bayangkan dari pukul 11 sampai pukul 4. Diorang cakap kalau guna insurance memang amek masa tiga empat jam. Cadangan aku semoga diorang kaji balik procedure n tetapkan KPI baru. Nak tunggu tu memang boleh mandatangkan MARAH!

2. Bila nak comparekan dengan doc kat HKL, aku lagi suka doc HKL sebab itukan tempat cari makan aku. Haha... Takla. Masa Naufal masuk HKL dulu bila doc pakar datang cek mau dekat 15 minit or more dia belek, diagnose n tanya macam-macam kat aku. Doc kat sini datang dengar heartbeat, lung, tanya anak makan apa, minum tak, ada muntah tak and done. 5 minit je kot checknye. Pastu takde explain pon macam mana condition dia, nak bagi treatment apa. Bila tanya pasal bintik-bintik tu jawapannya memang tak memuaskan hati aku. Jawapan seolah-olah dia pon tak tau itu bintik apa. Nak kata HFMD dalam mulut takde pon. Masa nak settle bil baru perasan yang diagnosis sebab admitted URTI with ezema. Tapi Naufal takde pulak garu-garu sebab gatal. Sebab tu aku lagi suka doc HKL. Diorang akan explain anak puan bla..bla..bla...nanti kita buat ni.kalo tak ok kita buat tu.

3. Comparekan katil mak kat HKL ngan kat sini. Mestila katil mak kat HKL lagi besar. Cadar pon tukar hari-hari, pagi-pagi pukul8 bukan pukul 11 bukan pukul12 or tak tukar langsung. Bagus kan spital gomen? Kat swasta mintak tukar cadar pon cas. Kalo tau aku bawak cadar sendiri ;p Makan minum mak kat spital gomen pon ditanggung sama seperti makan minum anak yang sakit. Makan tanggung berak cangkung la. Haha... Jadi bersyukurla dengan bayaran yang dikenakan kat spital gomen. 

Rasenye itu je kot cons-nye. Pro-nya memang semua dah sedia maklum la. Swasta kan lagi selesa boleh keluar masuk suka hati, air-cond, toilet lawa. Spital gomen nasib la kalau kena toilet tak elok (aku g mana-mana yang penting toilet) n panas. Tapi dari segi servis misi-misi n doc aku lagi suka HKL (dah kali keberapa aku cakap). 

Tiba-tiba jadi entry comparison HKL vs Tawakkal pulak. Tettt....

Disclaimer: Ini hanya pendapat peribadi aku - yang berkira n 'agak' cerewet sahaja. No animal were harm in the making of this entry. Hahaha...Bengong!

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...