Sunday, March 25, 2012

Restoran Bunian

Nak share kisah yang diceritakan oleh akak kat office. Pengalaman pelik masa dia jalan-jalan ke Langkawi masa cuti CNY lepas. 

Alkisahnya, akak ni sampai Langkawi around 5pm. Sebab lapar sangat diorang pegi cari kedai makan dulu. Mula-mula dah masuk satu kedai Haji ni. Tapi dia cakap kat kakak dia tak nak la makan kat situ. Dah datang jauh-jauh ni, jom makan yang lain dari yang lain. Nak cari yang special. So, diorang keluar dari kedai tu dan cari kedai lain.

Then diorang nampak satu kedai tomyam ni baru nak buka. Nama dia something like Thai Tomyam ke ape. Diorang decide nak makan kat situ. Sebab baru buka so takde orang lain la melainkan diorang dan pekerja kedai yang ada dalam 4 ke 5 orang. Dalam kedai ada aquarium yang ada dua tiga ekor belangkas n ketam. Bila diorang duduk kat meja, pekerja tu baru nak bentangkan seprah. 

Akak tu order ikan siakap stim, tomyam, kerabu mangga. Dia cakap memang sedap sangat masakan dia. Tak pernah lagi rasa tomyam sedap macam tu. Pelayan restoran tu pon bukan main baik lagi. Tolong sendukkan nasi tambah bagai. Tapi dari amek order sorang tu je yang melayan diorang. Yang lain dok tengok dioranag makan sambil senyum-senyum tanpa sepatah kata. 

Lepas makan anak akak ni pegi hantar mak n mak sedara dia kat hotel kat Kuah. Sebab dia ngan sepupu dia amek hotel tepi pantai. Mak-mak diorang letak kat tempat senang shopping. On the way balik dari hotel mak diorang tu, diorang lalu depan kedai tadi. Tengok kedai tu dah tutup. Pelik la diorang ni. Kan baru je buka kedai tu tadi.

Esoknya nak pegi hotel mak-mak, diorang singgah jenguk kedai tu. Diorang nampak dalam aquarium tu ada daun-daun kering je. Seprah pon memang dah terbentang atas meja. Keadaan kedai yang dah lama ditinggalkan.

Bila cerita kat mak-mak diorang, baru la akak ni teringat yang masa makan ikan siakap tu takde tulang tengah. Yang ada kepala dengan ekor je. Bila diorang tanya pasal baju pelayan tu semua nampak kaler lain-lain.

Akak tu cakap itu la. Dah la tak sembahyang, pegi cari makan dulu, Nak pulak makan yang lain dari yang lain. Tah apa la yang akak makan tu. Akak tu cerita ustaz cakap orang bunian. Diorang akan bagi makan sebulan sekali. Meremang aku dengar cerita akak tu. 

6 comments:

  1. agak suspen jugak cerita ni.. kat area mane ni?

    ReplyDelete
  2. kat kuah.area mana aku pon xtau.
    kalo pegi sana or mana-mana pon jangan niat yang bukan-bukan ye.

    ReplyDelete
  3. hu3....kedai bunian?mak aiihh... ape gaknye yg diorang dh makan ek malam tu?

    ReplyDelete
  4. lady scooter:
    i wonder too ;p

    linda:
    meremang bulu roma aku dengar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...