Friday, March 23, 2012

Ruam Lampin aka Nappy Rash

Masa dalam wad, Naufal kerap berak cair. Mungkin sebab panas. Sampai melecet kulit. Bila bagitau doc dia suruh sapu Hydrocortisone-ubat untuk ruam/biji-biji yang naik kat badan Naufal (sebab tu diagnosed URTI with ezema yg tak pasti ezema ke tak)

Sekali letak makin teruk pulak. Apa la doc ni. Then baru dia bagi ubat lain - Daktacort. Katanya untuk fungus. Nasib baik kurang sikit. Then bila keluar wad rashes tu still ada. Bila hantar Naufal rumah pengasuh aku bagi dua-dua ubat. Pagi tu dah cakap yang ubat bulat untuk rashes. Mungkin akak tu tak perasan, dia pegi letak Hydrocortisone kat rashes tu. Masa kat tempat kerja dah terfikir mesti akak tu confused sebab ada 2 ubat. Nak SMS tapi tak sempat.

Masa amek Naufal nampak dia dah jalan mengangkang. Balik rumah nak basuh berak dia dah meraung-raung tengok air. Bila curah air menggigil-gigil dia. Memang sakit sangat tu. Masa nak pakaikan pampers baru perasan. Ya Allah, teruk sangat rashes dia. Sampai mengelupas kulit, merah n panas. 
So nak cepat hilangkan aku letak Bepanthen - as recommended by my boss kecik. Hehe...Lepas basuh berak aku tak terus pakaikan pampers. Sapu ubat, biar je dia teredang terkangkang kena angin. Dah kering ubat aku letak lagi. Mau dua tiga kali sapu sebelum pakaikan pampers. Lepas tu bila dia dah tido, aku sapu lagi. Ayahnye lapik plastik, kain batik n bukak pampers Naufal (bukan pampers ibu naa...wekkk). Lantak le dia nak kencing ke berak ke. Aku rasa macam tu lagi cepat hilang rashes tu. Esoknya dah tak jalan mengangkang dah.
Memang berkesan sangat ubat ni. Sebelum ni guna dermoplex. Tapi kesan dia tak secepat Bepanthen ni. Semalam je dah kurang banyak rashes dia. So, satu lagi product yang highly recommended to ibu-ibu. Boleh try cara aku tu kalau tak tahan tengok anak anda menderita akibat rashes. 

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Kita harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana sekiranya susu tersebut mendatangkan alahan kulit, ia boleh menyebabkan ruam lampin menjadi serius, lambat baik atau kerap berulang. Sebaik-baiknya, kita amalkan penyusuan susu badan bagi bayi yang berisiko tinggi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...