Friday, March 30, 2012

Senaman Kemut

Semalam ada sesi Lunch Talk oleh Physiotherapist (best kan keje spital?). Tengok tajuk Managing Water Flow ingatkan ape la. Rupanya talk pasal kemut. Baru tau yang kemut ni penting. Penceramah tu cakap senaman kemut ni kena buat sepanjang hayat tak kira laki ke pompuan. Tapi lebih ditekankan kepada wanita-wanita. So, boleh lah start kemut sekarang sementara membaca entry ini. Haha...

Untuk orang lepas bersalin memang kena buat. Masa dalam wad lepas bersalin dulu memang ada physiotherapist datang bed to bed untuk ajar kemut. Tapi jarang diamalkan sebab kurang pendedahan.

Kalau nak tau, setiap kali kita naik turun tangga, angkat barang, nak bangun semua kena kemut untuk jaga pelvic floor kita. Adalah digalakkan untuk kita kemut sehari dalam 80 kali. Tapi jangan pulak buat 80 kali sekaligus. Letih pulak pelvic floor muscle kita. Lain masalah pulak tu. Boleh buat secara berjadual - 30 kali pagi, 30 kali tengahari, 30 kali petang. Boleh buat mase duduk, berdiri, berjalan dan bila-bila masa yang sempat. Bukan orang tau pon ko tengah kemut. Lain la kalo ko kemut sampai berkeriut muka kan.

Kalau sesape ada masalah tak boleh tahan kencing, asyik nak terkencing (yang bukan disebabkan kesan ubat) memang kena pegi jumpa physiotherapist. Diorang ada alat untuk check daya kemutan n diagnose sekiranya ada masalah lantai pelvik. Nak belajar cara kemut pon boleh jumpa diorang.

Penting kemut ni antaranya untuk control kita punya pundi kencing jugak. Selain tu yang dah berkahwin lagi la tau function kemut ni kan. Tak yah aku elaborate ok! Nak tau lebih lanjut boleh tanya En Google or physiotherapist anda. Selamat mengemut! ;p

2 comments:

  1. hehehe kelakar tajuknya.. tp yerlah penting juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saje letak tajuk gitu kasi gempak sikit. Hehehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...