Monday, May 21, 2012

Boot Camp - Trek Pengurusan Keselamatan ICT

Alhamdulillah, selamat sudah menjejakkan kaki ke INTAN Wilayah Utara (INTURA) untuk Kursus Pembangunan Kepakaran PTM (Boot Camp) - Trek Pengurusan Keselamatan ICT (tajuk penuh ngko!). Sementara tunggu program start pukul 5, update belog dulu. 

Sedihnya kena tinggal Naufal. Masa nak tinggal kat rumah pengasuh, tak nak dia pegi kat mama dia. Pastu menangis-nangis nak ibu dukung. Mesti dia dah tau ibu nak tinggal dia. Yela, malamnya dia yang teman ibu berkemas. Pagi tu dia yg teman ibu simpan beg dalam kereta. Ingat ibu nak bawak dia skali la tu. Hehe...

Bertolak ke Sungai Petani pukul 11 pagi semalam. Saja bertolak awal sebab nak claim lojing. Haha... Ber'lojing' di rumah Mak Lang kat Bandar Perdana. Awal-awal dah shopping baju untuk Naufal!

Dalam perjalanan tiba-tiba 'bocor' la pulak. Bas pulak berhenti kat Bukit Gantang. Situ ada jual buah je. Mana nak cari 'roti' ni. Nak jalan gi Caltex takot lemak terbakar. Tanya adik jual buah dia cakap akak cuci toilet Propel ada jual. Nasib baik ada.Kalo tak kesian lemak-lemak degil I tau!

So, inilah bilik aku untuk 4 hari yang akan datang. Cantik macam hotel woo... Sebab kat bangunan baru. Menurut cousin ku bangunan ni baru tahun ni siap.

view depan pintu masuk

tempat lepak-lepak depan bilik

kejap je dah bersepah!

 ada tv plasma lg. sempat ke tak nak layan Seindah Sakura nih

 katil sapa yg bersepah ni? :p

 tempat beristinjak.haha...

view dari pintu masuk 

 
view dari balcony

So untuk yang bakal datang kursus kat sini tak yah susah-susah macam aku nak bawak iron bagai. Sejadah, iron board, kettle & wi-fi pon ade.

Ok lah. Nak lelap jap, nak tepuk-tepuk lemak. Haha....!

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...